I don’t need a man in my life, Cik B luah perasaan

3,011 views

Cik B anak kepada ahli perniagaan Datuk Seri Vida menerima pelbagai komen setelah dia buat status seakan sedang jalin hubungan dengan pelakon baru bernama Aniq Suhair.

Remaja berusia 15 tahun ini akhirnya luah rasa down dan kecewa setelah ada yang mula mengata dirinya setelah perkara ini jadi viral. Macam-macam yang netizen mengata tentangnya.

Ada yang tak suka dan mengatakan dia tak patut ada hubungan dengan pemuda berkenaan kerana usianya masih lagi terlalu muda. Ada juga yang mengatakan Cik B ni bukannya sesiapa pun kalau dia bukan anak kepada jutawan Datuk Seri Vida.

Akhirnya melaluinya laman media, Cik B lepas geram dan mengatakan sebenarnya buat masa sekarang ni dia tak perlukan mana-mana lelaki pun.

“Yes, memang umur Cik B 15 tahun, masih lagi bawah umur, lepas tu korang nak cakap macam-macam kat Cik B macam korang tak sedar Cik B ni baru umur 15 tahun boleh pula, fikirkanlah balik”.

“Ada juga yang cakap Cik B ni bukanlah siapa-siapa kalau Cik B bukan anak kepada Datuk Seri Vida. Memang betullah tu. Kalau Cik B bukan anak kepada Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia ni”.

“Cik B takdelah nak marah atau terasa. I do not need man in my life so sila chill ya guys. I will find a man, when I fell like liking a man, haha”.

Itulah antara tulisan dari Cik B kepada mereka yang ada mengata setelah Cik B bergurau bahawa dia ada hubungan dengan Aniq Suhair.

Sebenarnya mereka berlakon bersama dalam sebuah drama bersiri. Aniq juga ada buat kenyataan bahawa Cik B bergurau sahaja, apatah lagi Cik B masih lagi bersekolah dan Aniq pula baru nak masuk ke industri lakonan.