Ibu Neelofa terima kejutan, dapat hadiah kereta dari suami

4,316 views

Ibu kepada selebriti popular, Neelofa, Datin Noor Kartini telah menyambut hari lahir yang ke 54 pada bulan ini. Seperti biasa, ahli keluarga Neelofa sudah pasti akan membuat sambutan hari jadi buat Kartini.

Pada tahun ini, Datin Kartini telah mendedahkan dia ada menerima satu kejutan dari suaminya iaitu Dato Abdul Halim Khan Lall Khan.

Menerusi satu post di laman media sosial miliknya, Kartini memuatnaik gambar kek dan hadiah yang diterima bersama suami tercinta dan menulis caption dia amat bersyukur dan terharu dengan kejutan dari suaminya.

Rupanya, Kartini telah menerima sebuah kereta mewah BMW berwarna putih, kejutan istimewa dari suami. Ini caption Kartini di laman IG.

“Alhamdullilah Syukur teramat. Kasih sayang dari zat kekuasaanmu Ya Allah memang amat terpancar seluruh ke jiwa yang berdamping dengan diriku. Ini merupakan rahsia kekuasaan dalam genggamanmu yang tidak pernah terfikir di fikiran makhluknya.

“Syukur sangat, pada har ini saya ada terima satu suprise dari suamiku yang tercinta. Paling terharu bukan kejutan atau hadiah, namun, usaha darinya yang telah buat diriku ni cukup terharu. Love you sayangku. Dikaulah sinaran buat hidupku ni, kebahagiaanku.

“Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan sentiasa sayang, beri perlindungan serta beri keberkatan rezekimu sayang. Tak lupa juga kesihatan yang afiyah, amin.

Diruangan komen, ramai yang menulis ucapan hari jadi kepada Kartini dan ada juga yang mengucapkan ucapan tahnaih kerana menerima hadiah yang istimewa dan mempunyai hubungan yang amat romantic dengan suami.

Malahan anaknya, Atisha Khan juga menulis “So cute daddy dan mama, sweet doh”. Antara slebriti lain yang ada menulis komen ialah Zarina Zainuddin, Ning Baizura, Vie Shanti dan Chef Zam.

Sebelum ini, adik beradik Neelofa ada buat majlis hari jadi untuk ibunya itu. Selamat hari lahir aunty Datin Noor Kartini.