Categories: Hiburan

Ini komen terbaru dari Raja Farah, “Jujur saya memang amat terkesan”

Ini perkembangan terkini tentang kisah melibatkan cerita lakonan bersama Raja Farah dari Fauzi Nawawi dalam satu rancangan temubual bersama Khir Rahman dan Shuk Sahar.

Tak mahu hal ini terus diperkatakan, Raja Farah ada mengatakan dia anggap hal ini sudah pun selesai. Namun pelakon yang sudah berhijrah ini berkata, dia harap hal ini tak berulang lagi.

Tak mahu dah komen sangat sebab secara dasarnya, hal ini sudah pun selesai.” Kata Raja Farah melalu satu laporan Kosmo.

“Apa yang saya harap, hal ini tak berulang atau terjadi kepada sesiapa lepas ini. Harapnya semua pihak yang terlibat akan lebih sensitif dalam konten mereka.”

Tentang permohonan maaf dari mereka yang terlibat, Raja Farah belum terima permohonan maaf secara peribadi dari penerbit dan pengacara program tersebut iaitu Khir Rahman tetapi permohonan maaf dah dibuat di IG milik Khir Rahman.

“Saya tengok Khir Rahman ada nak cari nombor telefon saya tetapi, dia tak ada DM (direct message) kat saya atau apa-apa.”

“Kalau abang Fauzi Nawawi, dia ada DM saya dan dia pun ada upload kat Instagram miliknya.”

“Saya tak kisah pun sekiranya tak ada buat permohonan maaf secara terbuka. Sebagai seorang manusia memang biasa kita tersilap kata. Harap semuanya selesai dengan baik.”

Sungguhpun terkesan, Raja Farah syukur suaminya, Megat Bashirun seorang yang amat supportive.

“Saya okey dah sekarang. Suami banyak beri sokongan dan kini kehidupan jalan seperti biasa.”

“Sejujurnya, saya memang teramat-amat terkesan. Rasa seperti aibsaya ni telah dibuka dan rasa seperti diri saya ni tak dihormati.”

“Namun saya dan suami berlapang dada dan kami berharap jangan ada pihak yang akan menambah dan menyukarkan lagi keadaan.”

Itulah kenyataan terbaru dari Raja Farah tentang isu yang melibatkan dirinya itu.

Share

Recent Posts

Peguam Puteri Sarah akan kaji video di kedai emas, Syamsul pula kata “No komen”

Peguam Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader telah memberi respon tentang sau video…

1 hour ago

Video Syamsul Yusof di kedai emas bersama bapa Ira Kazar, lihat reaksi Puteri Sarah

Kisah perkahwinan antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof yang diganggu orang ketiga iaitu…

5 hours ago

“Saya bukan sekaya yang disangka..” Diva Azwan Ali

Kalau kalian memang peminat mahu pun selalu mengikuti Azwan Ali, dah tentu kalian akan tahu…

11 hours ago

“Musnahlah karier aku, tolong..” Nabila Huda

Pelakon terkenal Nabila Huda atau Abil membuat satu pengakuan yang amat jujur yang mana dia…

13 hours ago

Terjawab sudah, Ain Edruce pengacara baru Melodi, lihat reaksi Nabila Huda

Pada minggu lalu, Nabila Huda atau Abil telah menyatakan dirinya bukan lagi bergelar sebagai pengacara…

1 day ago

“Kalau tak puas hati dengan Mak Wan, sini jumpa Didie Alias” Didie beri pesan pada Amell

Kisah yang melanda antara pelakon veteran Mak Wan Latah dan bekas pembantu peribadinya bernama Amell…

1 day ago

This website uses cookies.