Categories: Viral

Ini pengakuan Norish Karman hantar mesej kepada adik arwah Benjy

Norish Karman akui memang dia ada hantar mesej secara peribadi kepada adik arwah Benjy iaitu Inessa Irdayanty.

Pelakon ini juga akui caranya bertanya itu juga dilihat agak kasar bunyinya tetapi memang dia betul-betul nak tahu tentang kebajikkan arwah Benjy ketika di penjara.

Jelas Norish Karman, dia hanya mesej secara peribadi dan tak bertanya secara umum, malah Inessa boleh saja abaikan jika tak nak jawab.

Saya amat beremosi dan penulisan ayat di mesej berkenaan agak kasar namun begitu, saya rasa soalan yang ditulis itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal. Malah mesej berkenaan adalah secara peribadi bukannya ditulis secara umum.”

Ianya bukanlah untuk dihebahkan atau ditularkan, saya hanya tanya dia saja secara peribadi, bukan tanya dia depan satu dunia.

Jika dia rasakan soalan-soalan saya itu tak masuk akal, dia boleh saja pilih untuk abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan berkenaan.

Soalan yang ditanya ialah adakah benar atau tidak dia bantu darah dagingnya, patutnya dia beranikan diri untuk jawab secara personal, bukan kena upload dan cerita pada umum di dalam instagram hanya untuk tagih simpati followers sendiri.

Kalau tak benar kenapa kena takut untuk reply, berani kerana benar takut sebab salah. Saya tak pasti tujuan dia upload dan tunjuk soalan saya itu.”

Ini sekaligus membuatkan ramai yang mula komen macam-macam tak elok pada saya, memang banyak. Dari orang tak tahu, terus semua pun dah tahu.

Jelas Norish lagi dia mula ketahui kisah Benjy melalui sebuah akhbar tempatan malah terkejut kerana dilaporkan Benjy sampai tak tukar bajunya selama dua tahun.

Benjy juga terpaksa meminta duit dari rakan banduan, membuatkan Norish terfikir, Benjy ni tiada ahli keluarga ke yang membantu, sebab itulah di terus DM adik Benjy.

Bagaimana pun Norish akui soalannya agak kasar dan meminta maaf sekiranya terasa.

Saya akui ada kekhilafan dari saya. Sebabnya tonasi ayat saya dalam soalan berkenaan memang nampak kasar. Selain itu, mungkin soalan saya ditanya pada masa yang tak sesia, di saat mereka ahli keluarga sedang meratapi pemergian arwah Benjy.

Untuk membaca mesej penuh antara Norish dan Iness, boleh baca di sini : (KLIK SINI : mesej full Norish Karman dan Inessa).

Itulah jawapan dari Norish Karman yang dilaporkan oleh portal Mstar.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

12 mins ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

2 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.