Categories: Hiburan

Ini penjelasan Lydiawati tunjal betul-betul kepala Wan Maimunah

Ibu Wan Maimunah dah izinkan saya tunjal betul-betul, malah dia yang minta saya buat begitu.”

Itulah penjelasan dari pelakon Lydiawati tentang satu babak lakonan yang menunjukkan dirinya menunjal kepala pelakon veteran, Wan Maimunah.

Babak yang viral ini merupakan sedutan untuk drama berjudul Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Itu lakonan saja, bukannya betul. Ketika melakonkan babak itu dan beberapa babak lain, ibu Wan Maimunah memang nak saya buat sungguh-sungguh.”

Katanya, buatlah apapun agar dia pun akan dapat mood juga. Saya kata kalau buat mesti kena kecam. Nampaknya ia memang terjadi. Sebenarnya ada banyak lagi babak panas lepas ini.”

Yang pasti, ini semua atas permintaan dan diizinkan oleh ibu sendiri. Kami buat hanya one take sahaja.”

Jelas Lydiawati, dia membawa watak yang bertindak kejam terhadap pelakon utama dalam drama itu iaitu Intan Najuwa dan juga Wan Maimunah.

Penulis dan penerbit juga minta dan cakap saya kena buat sampai over lagi, baru ada feel dan nampak real.”

Saya cakap dengan penerbit saya dah kena dengan netizen. Apapun, setiap kali lepas penggambaran saya akan minta maaf kepada Wan Maimunah.”

Ini video yang menjadi viral di laman media sosial:

Sementara itu, Wan Maimunah juga berkata dia dah sedia untuk berlakon seperti itu. Dan yang penting semua pelakon kena beri yang terbaik untuk menjayakan setiap babak.

Lepas je babak tunjal kepala itu, Lydiawati pun dah minta maaf lepas tu siap peluk ibu kuat-kuat.”

Lebih sepuluh tahun, kami tak berjumpa dan akhirny akini dapat berlakon bersama, bergabung kembali. Oleh itu kali ni, ibu cakap, buat sehabisnya.”

Apabila dia tolak, ibu akan gerak macam dia tolak kononnya kuat sangat. Tambah lagi dengan ibu dan Lydia akan buat ekspresi muka dan sebagainya. Kalau penonton mula marah tu, makna nya lakonan Lydiawati berjaya lah.”

Drama berjudul Tak Sempurna Mencintaimu ini merupakan arahan Emi Sufian dan menampilkan pelakon hebat seperti Lydiawati, Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah, Fendy Bakry, dan Azza Elite.

Recent Posts

“Hampir setiap hari isteri menangis” Azmi dedah isteri masih amat rindukan anak

Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat…

5 hours ago

“Naik meluat” Seorang lagi pelakon minta Iqbal berehat dari sosial media, siapakah

Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita…

7 hours ago

“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu…

8 hours ago

Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang…

20 hours ago

“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini…

2 days ago

Kudis naik di kawasan mulut, Syafiq Farhain terkena virus Herpes

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan dia kini sedang dalam rawatan kerana jangkitan Herpes Simplex Virus. Kudis…

3 days ago

This website uses cookies.