Categories: Viral

Ini penjelasan sebenar maksud “selipar muslim friendly”

Ramai yang tetanya-tanya mengapakah selipar pun boleh ada tag muslim friendly. Satu statement atau kenyataan yang dilihat seakan menunggang agama, ya lah sampai selipar pun ada beza muslim friendly atau tidak.

Ini berkaitan dengan selipar yang baru saja dilancarkan dari jenama Fipper hasil kerjasama dengan jenama The Noor, bersama selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Dapat dilihat ramai netizen yang mula mempersoalkan claim ini dan akhirnya pihak Fipper tampil memberi respon.

Syarikat Fipper telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang apa yang dimaksudkan dengan selipar muslim friendly itu.

Jom baca kenyataan dari pihak Fipper ini.

“Press release tentang penjelasan produk muslim friendly. Pihak Fipper ingin menjelaskan tentang isu ini. Produk berkenaan iaitu Slip On Fipper X The Noor ini sebenarnya sesuai dipakai oleh muslimah yang memakai stokin. Sebabnya sebelum ini, produk kami tidak mesra dengan pengguna berimej muslimah yang memakai stokin. Pihak Fipper meminta maaf jika ada yang terkeliru di atas isu ini, terima kasih kerana sokongan yang diberi oleh anda semua.”

Itu penjelasan rasmi dari pihak Fipper berkenaan selipar muslim friendly yang mana ianya kini sesuai dipakai oleh kaum wanita muslimah yang memakai stokin.

Sebelum ini sekiranya mereka yang memakai stokin dan kemudian menyarung selipar Fipper, ianya akan licin. Tetapi kali ini ianya tidak lagi licin dan boleh memakai stokin seterusnya membuatkan pengguna lebih selesa.

Produk selipar ini kini dijual dengan harga mencecah RM79.90. Jika dibandingkan dengan produk Fipper yang lain, harga selipar yang lebih kurang sama berharga RM16.90 sehingga RM49.90. Ini membuatkan harga selipar usahasama dengan Neelofa ini antara yang lebih mahal harganya.

Apapun, diharapkan penjelasan ini akan dapat menjawab dan meredakan sedikit soalan bertubi-tubi dari orang ramai tentang apakah yang dimaksudkan dengan selipar muslim friendly ini.

Isu ini telah menjadi trending sejak Neelofa mula muatnaik paparan gambar selipar berkenaan di laman IG miliknya beberapa hari lepas.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

15 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

2 days ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

3 days ago

This website uses cookies.