Categories: Hiburan

Ini sebabnya Datuk A Aida terima suntikan vaksin, artis pertama terima di Malaysia

Memang mencipta satu sejarah yang tersendiri buat penerbit terkenal, Datuk A Aida apabila menjadi golongan selebriti pertama yang menerima suntikan vaksin.

Ramai yang tak menyangka penerbit berumur 51 tahun itu menjadi artis tempatan pertama di Malaysia menerima suntikan.

A Aida selamat disuntik vaksin Pfizer-BioNTech di Dewan Sri Seroja, Putrajaya semalam.

Dari satu laporan oleh portal Harian Metro, Datuk A Aida bukanlah potong line sehingga boleh dapat vaksin awal.

Sebaliknya A Aida atau sebenarnya Zaidah Awang menerima suntikan ekoran dia merupakan antara pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mempunyai pangkat Kolonel Bersekutu.

Dalam satu kenyataan A Aida akui dia tak ada rasa takut pun setelah mengetahui namanya dan tersenarai untuk suntikan vaksin Covid-19. Jom baca kenyataan A Aida.

“Setelah nama saya dah tersenarai untuk terima vaksin pada hari ini, saya rasa okay saja dan tak ada apa yang saya kena takut. Perasaan takut ini asdalah sesuatu yang amat subjektif dan semua orang ada pandangan serta rasa yang berbeza.”

“Jika ada orang yang fikir setelah di vaksin nanti boleh sebabkan kematian, apa yang boleh saya nak cakap ialah kematian itu sesuatu yang memang pasti dan boleh berlaku bila-bila masa saja.”

“Tidak perlu terima suntikkan pun, jika ajal sudah tiba, maka kematian akan menjelma juga. Setelah kita ambil suntikan vaksin ini, sekurang-kurangnya ianya akan dapat membuatkan sistem imunisasi badan kita menjadi semakin baik dan kuat.”

Tentang artis menerima suntikan, sebelum ini, penyanyi yang juga anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin merupakan artis pertama menerima suntikan.

Sasha dan suaminya Sirhan Wahab yang bekerja di Dubai, telah lengkapkan dua dos suntikan vaksin di Emirates Field Hospital, Dubai pada bulan Januari yang lepas.

Share

Recent Posts

“Mampu ke cari pengganti macam aku, saya rupawan, genit manja” DS Vida

Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran…

5 hours ago

Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar…

9 hours ago

Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi…

10 hours ago

Iqbal nak kenali Rossa lebih mendalam, “Suka tengok dia, sopan, tak gedik”

Berada di negara jiran Indonesia, Ahmad Iqbal turut menjadi perhatian setelah melahirkan hasrat untuk membeli…

20 hours ago

“Kenapa mereka diperlakukan begitu, memalukan Dato Fazley dan Ani Mayuni” ~penonton

Semalam minggu kedua Gefar Vaganza telah berlangsung dengan lancarnya. Sekali lagi Aliff Aziz dan Adibah…

1 day ago

Luahan Rosa Serra, Shuk tak beri kerjasama? Rasa digantung tak bertali

Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup…

1 day ago

This website uses cookies.