Categories: Hiburan

Ini sebenarnya yang berlaku, keluarga Aliff Aziz buat kenyataan

Aliff Aziz disahkan telah ditahan polis di Singapura dan sememangnya video yang tersebar itu adalah betul-betul terjadi. Ianya bukanlah gimik mahupun lakonan akan tetapi memang Aliff Aziz kena tahan dengan pihak berkuasa.

Penyanyi dan pelakon ini dikatakan telah terlibat dengan beberapa orang dan gganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan memabukkan.

Dari satu laporan Berita Mediacorp, Aliff Aziz telah ditahan oleh pihak Pasukan Polis Singapura (SPF) sekitar jam 6.40 pagi hari Ahad di area Orchard Road.

Polis yang telah mengesahkan hal berkenaan selepas dua video viral memperlihatkan Aliff Aziz sedang bergelut dengan polis.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah Aliff Aziz telah berkelahi dengan seorang lelaki dan kemudian telah timbul kekecohan.

Polis kemudian hadir dan arahkan Aliff Aziz agar bertenang dan mahu pergaduhan itu terlerai.

Dari laporan, di saat tu, Aliff yang nafasnya berbau minuman kerras dan tak mahu bagi kerjasama serta terus buat kecoh.

Kini Aliff Aziz dipercayai dah pun dibebaskan dari tahanan pihak polis.

Dalam pada itu, pihak keluarga Aliff Aziz telah buat sedikit kenyataan tentang keadaan terkini anaknya itu.

Melalui satu video, ibu kepada Aliff Aziz buat sedikit pemberitahuan bahawa anaknya itu kini dah okey.

Video itu memaparkan Aliff Aziz sedang dukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan dapat dilihat Bella Astillah turut kelihatan dalam video.

Ibu Aliff Aziz berkata, apa yang terjadi ada sebabnya dan hanya tuhan saja lebih ketahuinya.

“Kepada yg tanya tentang anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia dah OK. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, dengan izin tuhan keadaan akan jadi lebih baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu”

“Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Itulah komen dari ibu Aliff Aziz tentang kes ini. Semoga Aliff Aziz tersedarlah dan perbaiki diri serta jauhilah minuman yang dilarang oleh tuhan itu.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

12 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

2 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

4 days ago

This website uses cookies.