Categories: Hiburan

Inilah wajah bakal suami Farah Nabila, dikenalkan Izara Aishah

Farah Nabilah akhirnya umumkan bahawa dia akan bernikah dengan seorang pilot bernama Mohammed Amirul Yunus pada tarikh 20 Disember depan, tinggal lagi dua bulan sahaja.

Pelakon berumur 27 tahun ini, berkata, dia memang jarang kongsi kisah peribadi termasuk hubungan cinta dengan kekasihnya itu kerana mahukan para peminat fokus dan melihat pada semua kerjaya seninya sahaja.

Ini komen dari Farah Nabila: “Dengan izinnya, kami akan berkahwin pada bulan Disember tahun ini dan majlis akan dibuat sekitar Kuala Lumpur. Untuk masa sekarang ni, saya tidak boleh nak kongsi lagi sebarang maklumat tepat tentang majlis kami, tapi nanti bila dah nak dekat nanti baru saya akan bagitahu.

“Selama ni saya menafikan hubungan antara kami berdua kerana saya mahu para peminat sata hanya fokus kpd kerja saya saja. Di laman IG pun saya mmg tidak share sangat tentang hubungan cinta kami.

“Di sidang media ini, saya buat kerana saya rasa telahpun tiba masanya. Tak mahu nanti, ada orang yang cakap bahawa dulu tak ada kekasih, tiba-tiba dah kahwin pula”

Bercerita dengan lebih lanjut berkenaan hubungan cinta antara mereka, Farah Nabila mendedahkan dia dan Amirul diperkenalkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon popular, Izara Aishah. Mereka mula mengenali hati budi masing-masing sejak tujuh tahun yang lepas.

Tambahnya, Farah berkata, sikap jejaka berumru 28 tahun itu yang amat sabar serta selalu ambil hati keluarganya membuatkan dia terima kehadiran lelaki itu untuk jadi pasangan hidup.

Ini pendedahan Farah Nabila: “Izara yang perkenalkan kami berdua akan tapi masa itu saya tidak adalah nak kenal lagi kerana masa tu tengah kecewa sebab baru lepas putus cinta dan rupa-rupanya, dia dah lama follow saya di laman IG.

“Ada satu hari tu, Izara Aishah bawa Amirul datang jumpa saya dan kami mula berkenalan tapi ketika tu saya jual mahal, konon-konon tengah kecewa dan macam tidak perlukan lelaki lagi. Tapi kemudian, dia tidak pernah pun putus asa dan akhirnya dia dapat menangi hati saya”

Farah hadir bersama bakal suaminya itu di satu press conference khas untuk umum tentang perkahwinan mereka, siding media itu dibuat di The Orchid Conservatory, Hotel Majistret, Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Keluarga Amirul telah dating merisik Farah Nabila pada awal tahun ini.

Berdasarkan perancangan awal, pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pada 28 Disember depan (sebelah lelaki) dan kemudian satu lagi majlis pada 5 Januari (sebelah perempuan).

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

7 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.