Ini yang Alyah mampu hadiahkan sempena birthday Tok Ram

4,344 views

Apabila rancangan reality nyanyian popular tanah air iaitu Gegar Vaganza bermula, sudah tentu pasangan ini akan naik namanya. Ini kerana pengacara Gegar Vaganza suka mengusik pasangan suami isteri ini, iaitu Datuk Ramli MS dan juga isteri Datin Alyah. Setiap tahun, Jihan Muse dan Nabil Ahmad selalu saja menjadikan bahan jenaka kepada mereka berdua ini.

Pada hari ini, Datin Alya telah muatnaik satu entry di laan IG milikya yang maan dia menulis satu ucapan khas buat suaminya itu. Ini bersempena hari kelahiran maestro muzik yang berasal dari Singapore tersebut.

Lahir pada bulan November tahun 1958 di Geylang Singapura, tahun ni  umur Datuk Ramli MS dah pun mencecah 61 tahun.

Melalui gambar, Datin Alyah telah share surah al-Fatihah khas buat Datuk Ramli MS yang sinonim dengan panggilan mesra Tok Ram.

Dari kata-kata Datin Alyah, dia berkata hanya doa yang mampu dia berikan pada Tok Ram dan dia akui sentiasa mendoakan buat suami dan ianya tidak pernah putus.

“Hanya doa yang mampu saya (Alyah) hadiahkan untukmu (Tok Ram). Dan doa saya tak pernah putus-putus utk kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh”

Sememangnya setiap tahun, Datin Alyah memang akan memberi ucapan sempena hari kelahiran suaminya itu, menunjukkan dia sentiasa ingat hari jadi suaminya.

Di ruang komen gambar IG Alyah itu, para follower telah menulis ucapan selamat hari jadi kepada juri tetap rancangan Gegar Vaganza berkenaan.

Ada juga yang sempat menitipkan doa supaya perkahwinan kedua pasangan ini sentiasa bahagia dan harmoni untuk selamanya.

Di imbas kembali, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah tealh berkahwin pada Mac 2013 secara tertutup di Indonesia dan mereka berdua merahsiakan perkahwinan mereka.