Instafamous dedah scene kena potong, isteri vokalis band dari Malaysia cemburu

9,706 views

Seorang model dan pelakon serta influencer terkenal berdarah kacukkan Jerman-Vietnam iaitu Jade Anh tampil mendedahkan satu cerita tentang kisahnya melibatkan satu band di Malaysia.

Melalui laman media sosial, Jade Anh membuka cerita bahawa dia ada berlakon dalam satu muzik video untuk sebuah kumpulan band di Malaysia dan berlaku sesuatu yang mengejutkan terjadi.

Dikatakan lakonannya dalam muzik video itu terpaksa dibatalkan serta dipotong. Jade mendedahkan ini berlaku kerana isteri kepada vokalis band berkenaan cemburu melihatnya.

Jade Anh yang telah selesai jalani penggambaran muzik video berkenaan hanya mengetahui tentang hal berkenaan ketika berada di negara Thailand.

Jelasnya video lakonannya telah disunting dan alasannya adalah isteri kepada vokalis berkenaan tidak menyukai scene yang melibatkannya.

Pemmbatalan kemunculan Jade Anh itu diketahui menerusi satu mesej dari pihak produksi.

Jade Anh aku amat kecewa apatah lagi melihat penat lelah team dan crew yang terlibat dalam penggambaran berkenaan, namun ianya telah disunting.

Ini antara komen dari Jade Anh: “Sungguh kelakar apabilka saya terbang ke Malaysia untuk merakam satu muzik video tetapi saya tidak berjaya masuk ke muzik video berkenaan kerana isteri kepada penyanyi utama kumpulan berkenaan ada rasa jealous.”

“Kami telah jalani penggambaran untuk satu hari penuh, namun saya hanya ketahui bahawa scene saya telah kena cut sepenuhnya. Mungkin saya hanya dapat free trip sahaja.”

 Menjengah di bahagian reply dari netizen di Malaysia, rata-rata cuba meneka siapakah agaknya vokalis berkenaan.

Ada yang memberi nama-nama yang mungkin terlibat. Namun Jade Anh tidak mahu mendedahkan nama kumpulan dan vokalis berkenaan.

Netizen juga menyatakan mungkin isteri kepada vokalis berkenaan rasa cemburu kerana kecantikkan Jade Anh yang sangat jelita.