Categories: Hiburan

Isteri Datuk Seri Eizlan Yusof tayang baby bump, kini sah hamil

Berita baik untuk pelakon dan usahawan terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof dan pasangannya Datin Seri Natasha apabila mereka bakal menimang cahaya mata setelah Datin Natasha kini telah pun disahkan hamil lima bulan.

Eizlan Yusof berkata dia buat pengumuman tentang kehamilan isterinya itu pada hari semalam sempena sambutan pertama ulang tahun perkahwinan.

“Memang kami berdua sengaja nak umum khabar baik ini semalam. Ini adalah bersempena anniversary pertama kami. Tarikhnya 12 Disember”.

“Syukur isteri saya okey, dah stabil sekarang ni. Semasa trimester pertama, masuk dua tiga bulan huru hara juga. Ketika itu Tasha tak ada selera makan. Kalau makan terus muntah semula. Morning sickness teruk juga”.

“Kini dia dah pulih macam biasa, okey dah. Selera pun dah normal dan berat badannya semakin bertambah. So far, tak ada dia minta makan yang bukan-bukan.

“Apapun paling penting isteri dan anak dalam kandungan semuanya sihat. Dah beberapa kali buat checkup, semuanya dalam keadaan baik. Tentang jantina anak, akan buat satu lagi checkup dengan doktor untuk sahkan”.

Eizlan yusof ada anak dengan bekas isterinya dan kesemua anaknya gembira apabila dapat tahu akan menrima adik baru.

“Anak-anak saya semua suka bila tahu akan ada adik. Selalu mereka tanya pada mama (panggilan anak kepada Natasha). Mereka tanya bila adik akan dilahirkan. Semua dah teruja”.

Tentang isterinya, Eizlan memberitahu dia masih lagi kuat untuk bekerja. Menerusi rancangan, isterinya hanya akan bercuti bila kandungan masuk usia lapan bulan.

“Tasha masih kuat kerja. Kadang-kadang nampaklah dia cpenat. Oleh itu, saya selalu minta dia banyakkan berehat. Tapi kalau kerja berat saya tak bagi dia buat”.

“Kata emak, elok galakkan dia untuk terus aktif sebab nanti akan mudahkan dia ketika nak bersalin”.

Tahniah buat Datu Seri Eizlan Yusof dan isteri. Semoga segaal urusan berjalan dengan lancar.

Share

Recent Posts

Pendapat pedas Ahmad Iqbal tentang isu DS Vida dan Anuar Zain

Ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang isu yang melibatkan Dato…

13 hours ago

Anak sulung baru 10 bulan, Tasha Shila umum hamil anak kedua, tahniah!

Satu berita baik telah disampai oleh pelakon Tasha Shilla apabila kini sah hamikl anak kedua.…

14 hours ago

Kenapa sebut pasal projek besar semasa minta maaf pada Anuar Zain, ini respon Vida

Susulan satu komen dari Datuk Seri Vida yang melibatkan nama Anuar Zain, ahli perniagaan ini…

1 day ago

“Mungkin jodoh di alam lain” Anuar Zain

Anuar Zain seorang penyanyi yang terkenal dengan kelunakkan suaranya yang amat berlemak dan merdu. Dengan…

1 day ago

“We did it..” Ayda Jebat dan suami beli bungalow tiga tingkat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sedang meniti jambatan bahagia bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Kini…

1 day ago

Anak tak sangka rupanya Pian Cecupak ada pusat tahfiz, habiskan detik akhir jaga ibu

Pelawak Pian Cecupak telah pun pergi buat selamanya malam semalam. Setelah pemergian yang ditangisi ahli…

2 days ago

This website uses cookies.