Categories: Hiburan

Isteri merajuk, Shuk hadiahkan iPhone Pro Max untuk pujuk

Pelawak Shuk pernah tercalit dengan kisah melibatkan orang ketiga dalam rumahtangganya. Namun kini, dilihat perkahwinannya dengan isteri, Rossa Sera kelihatan semakin utuh dan kuat.

Menjengah di laman media sosial milik Shuk, pelawak yang juga kini merupakan penyampai radio Hot FM, telah buat satu kejutan dengan menghadiahkan sebuah handphone kepada isterinya itu.

Dikatakan, isteri kepada Shuk itu telah merajuk disebabkan Shuk kini begitu asyik dengan job dan juga kerjanya.

Oleh itu, untuk memujuk isterinya itu, Shuk telah menghadiahkan handphone jenama iPhone, model iPhone 11 pro max kepada Rossa Sera.

Ianya telah diabadikan melalui satu rakaman video yang diupload di IG dan youtube milik Shuk.

“Kejutan untuk wife saya, semenjak dua menjak ini, wife saya ada terasa dan merajuk kat saya. Dia kata sebabnya saya dah tak ada masa untuk dia. Memang betul sebab sayau busy dengan shooting dan kerja-kerja saya. Kadang tu bila balik rumah tu hanya berlaga bahu saja, tak sempat nak berbual-bual, kadang-kadang terus tidur”.

“Jadi dia asyik monyok sejak dua menjak ni, jadi saya sebagai suami yang baik dan gentlemen saya akan beri kejutan yang tak disangka. Saya gelar ini projek beli jiwa”.

“Wife saya nak sangat nak pakai iPhone, so tonight saya tunaikan impian dia untuk dia dapat telefon iPhone”

Melalui video itu, Shuk menelefon isterinya untuk turun ke bawah dan kemudian menunggu diluar pintu sehingga isterinya tiba, dan kemudian buat kejutan memberinya iPhone jenis model iPhone 11 pro max.

“Tapi nak buat surprise ni, saya risau juga. Risau dia cakap saya ni membazir. Ah lupakan je tu semua”.

Diimbas kembali, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada bulan Disember tahun 2015. Lima tahun mendirikan rumahtangga, kedua mereka telah dikurniakan dua anak.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

1 hour ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

3 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

6 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

17 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

20 hours ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.