Categories: Hiburan

Isteri Shuk dedah rumah tangga diganggu lagi, Shuk awal-awal dah beri respon

Nampaknya sekali lagi panas tentang kisah rumah tangga pelwak Shuk Sahar dan sekali lagi terpalit dengan adanya kehadiran orang ketiga.

Isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau nama IGnya Rossa Serra secara tiba-tiba mendedah mesej dari seseorang.

Dari mesej itu jelas ada wanita yang amat marah dengan hubungan antara Shuk dan Rossa yang dilihat semakin baik dan dah pun pulih.

Wanita itu dilihat naik angin kerana nak hubungi Shuk tidak berjaya.

Pesanan diberi kepada wanita berkenaan supaya bertenang namun dilihat wanta itu menunjukkan gambar pisau yang tajam dan agak panjang.

Rossa tunjuk mesej dengan wanita berkenaan

Dari satu entry, Rossa Serra sebenarnya dah beri izin kepada Shuk untuk berkahwin dengan wanita berkenaan.

Akan tetapi nampaknya wanita itu bagaikan tak boleh nak terima Rossa Serra dan anak-anaknya.

Saya dah beritahu dah, kalau nak bermadu dia kenalah terima saya dan anak-anak saya. Bukannya nak hancurkan family saya. Saya dan anak saya tak salah apa-apa.

Apa lah salahnya kalau terima saya dan anak-anak saya. Saya dah izinkan ya, suami saya pun bukan budak-budak lagi.

Jika dibaca penjelasan isteri Shuk ini, ada dikatakan family wanita ini yang tak beri izin untuk wanta ini meneruskan hubungan dengan Shuk.

Rossa jelaskan dia dah beri keizinan

Dalam pada itu, Rossa Serra pula ada muatnaik satu video menunjukkan seperti tangkal yang dihantar kerumahnya.

Tanpa menuduh sesiapa, Rossa berharap orang yang buat sedemikian untuk segera bertaubat dan jangan lakukan hal sedemikian.

Untuk si pembuat yang buat macam ni, aku tidak menuduh sesiapa. Semoga cepatlah kamu bertaubat. Jangan nak buat benda tak baik macam ni, nak hantar sampai ke rumah bagai.

Rossa tunjuk ada yang hantar barang kepadanya?

Selain itu, Shuk turut beri respon dengan berkata dia kini ada saja di rumah, ini mungkin untuk elakkan orang tuduh dia tiada di rumah bersama Rossa Serra.

Namun begitu, Rossa Serra juga ada muatnaik video menunjukkan wanita tersebut cuba koyakkan baju sendiri.

Shuk tulis kata dia ada di rumah saja

Itulah keadaan keluarga Shuk Sahar ketika ini. Nampak macam dah okey, rupa-rupanya masih lagi ada isu disebaliknya. Kalau tengok di Instgaram, Shuk dan isteri sedang sibuk uruskan perniagaan kedai makanan bernama Semooth Café. Harapnya semuanya okey lah.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

7 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.