Categories: Hiburan

Isu ex Atikah suka ambil duit, ini jawapan Awi Rafael

Sebelum ini Atikah Suhaime ada buat kenyataan tentang pentingnya wanita cari lelai yang berkemampuan. Ini disebabkan pengalaman yang pernah dialami pelakon wanita ini yang mana Atikah mendedahkan, sebelum ini ada bekas kekasihnya pernah dan selalu ambil duitnya. Malah sehingga kini, lelaki berkenaan juga tak pulangkan laptop milik Atikah. Serik dengan hal itu berulang, kini Atikah memilih lelaki yang berkemampuan.

Ekoran komen yang ditulis oleh Atikah Suhaime tentang isu ini, ada yang mula nak tahu siapakah bekas kekasih Atikah yang buat seperti itu, dan antara nama yang naik sudah tentulah bekas tunangnya iaitu penyanyi Awi Rafael.

Kalau dilihat, Atikah Suhaime memang tak ada nyatakan nama bekas kekasih berkenaan tetapi ianya sedikit sebanyak membuatkan ramai beranggapan ianya mungkin Awi Rafael.

Melalui portal Astro Gempak,Awi Rafael memberi komen tentang isu ini dan memberi respon bahawa kenyataan dari Atikah itu tak semestinya merujuk kepada dirinya.

Bagi Awi, dia memang tak tau menahu adanya isu seperti ini telah jadi buah mulut orang ramai, tetapi baginya, dia hanya mahu fikir secara positif dan fikir benda yang baik saja.

Awi juga berharap orang ramai tidak salah faham dengan kenyataan Atikah berkenaan dan mohon supaya nama dia dah tak dikaitkan lagi dengan Atikah Suhaime.

“Memang tidak tahu ttg kes ini, apa yg lebih penting, kita fikir yang terbaik saja sebab tak semestinya semua yang dia tulis tu ada berkaitan dengan saya.

“Sekarang ni, syukur saya hidup dengan tenang dan kini sibuk uruskan perniagaan. Saya sekarang ada family, akan-rakan dan partner business yang selalu ada sama-sama dengan saya”.

“Saya selalu cuba nak tunjuk rasa hormat. Insyallah saya harap tak ada yang salah faham tentang isu ini. Malah saya juga berharap nama saya tak akan dikaitkan lagi dengan isu ini”.

Penyanyi ini sekarang ni hanya mahu beri focus dan beri perhatian kepada hal yang lebih penting dalam kehidupannya saja.

Untuk pengetahuan, Awi Rafael ada uruskan kelas muzik di studio yang diusahakan bersama pelakon popular Aiman Hakim Ridza. Studio berkenaan juga sebelah dengan kedai makan milik Aiman Hakim.

Awi Rafael dan Atikah Suhaime telah bertunang akan tetapi telah umumkan putus pada bulan Mac 2019.

Atikah Suhaime kini sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan bergelar datuk.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

5 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

1 day ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

2 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

2 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

3 days ago

This website uses cookies.