Categories: Hiburan

Jangan tuding jari, isteri Atu Zero jawap tuduhan

Semalam isteri kepada Atu Zero yang bernama Shafeeqa telah buat satu luahan hatinya. Ini kerana ada dakwaan yang berniat tidak baik memperlekehkan usahanya dan juga suami.

Diketahui ramai bahawa ketika ini, Atu dan isterinya telah menyalurkan bantuan kepada frontliner dengan mengedarkan personal protective equipment atau nama singkatnya dikenali sebagai PPE.

Namun ada pihak yang menyelar tindakan berkenaan dan menuduh bahawa mereka sebenarnya menjual PPE itu.

“Kalau berniaga cakap berniagalah, PPE banyak macam tu ingat boleh percaya ke”. Itulah komen dan tuduhan kepada Atu dan isteri setelah melihat begitu banyak PPE diedarkan.

Shafeeqa lantas membalas kembali dan menafikan hal berkenaan. Dengan nada kecewa, Shafeeqa menegaskan bahwa ianya dibuat dengan sukarela dan mereka tak ada meraih keuntungan melibatkan pengedaran PPE itu.

Tambahnya lagi, Atu Zero telah banyak berjasa dan sanggup keluarkan wang simpanan peribadi untuk buat sebanyak mungkin PPE keran nak bantu frontliner.

“Ada yang dah masukkan isu politik dan ada yang cakap kami jual. Minta tolong sangat-sangat, kita ni umpama tengah berperang, oleh itu sila jangan sebarkan berita tak betul.

“Kami sekeluarga bantu secara sukarela, tak ada sikit pun untung. Amat bersyukur dengan rezeki yang suami saya dapat sebelum ini dan dia dah keluarkan wang simpanan dia untuk memberi bantuan”

“Ada baiknya kita saling tolong menolong, dan bukannya nak tuding jari sesama kita. Daripada tulis komen yang tak elok macam ni, lebih baik anda pergi ambil wuduk dan doa supaya habis wabak ini”

Shafeeqa menambah jika ada yang kurang senang, bolehlah periksa sendiri dengan hospital dan juga para frontliner semua, sama ada dia beri percuma atau jual.

Katanya, Atu dan ada beberapa penderma telah memberi modal dan kemudian, Shafeeqa bersama sukarelawan telah jahit dan buat sendiri PPE berkenaan.

Mereka kemudian telah mengedarkan PPE di beberapa hospital di negeri di bawah bayu itu. Barang-barang berkenaan termasuklah head cap, baju, glove, dan complete set yang dipakai oleh frontliner.

Recent Posts

Baru 19 tahun, Iman Troye berjaya raih pendapatan RM1juta

Penyanyi remaja yang sedang meniti kegemilangan iaitu Iman Troye dikatakan telah mengecapi satu kejayaan yang…

2 hours ago

“Hampir setiap hari isteri menangis” Azmi dedah isteri masih amat rindukan anak

Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat…

11 hours ago

“Naik meluat” Seorang lagi pelakon minta Iqbal berehat dari sosial media, siapakah

Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita…

12 hours ago

“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu…

14 hours ago

Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang…

1 day ago

“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini…

2 days ago

This website uses cookies.