Categories: Hiburan

Julia Ziegler umum sedang hamil, tahniah

Ini satu lagi berita gembira yang baru diumumkan oleh seorang pelakon Malaysia iaitu Julia Ziegler. Jika semalam, pasangan popular Fazura dan Fattah Amin mengumumkan bakal timang cahaya mata tak lama lagi, kini Julia Ziegler turut mengumumkan dirinya ketika ini sedang mengandung.

Menerusi satu perkongsian di laman media Instagram, Julia Ziegler memuatnaik sekeping gambar menunjukkan gambar scan anak yang sedang dikandungnya.

Dari gambar scan empat dimensi itu, ianya dibuat pada 17 April yang lalu dan menunjukkan posisi anak yang sedang dalam kandungan.

Julia Ziegler menulis ucapan hello di ruangan caption, dan ini turut disertakan dengan beberapa hashtag termasuk memberitahu ini kisah cinta antara dia dan suaminya.

Ketika ini, usia kandungan Julia Ziegler sudah masuk ke trimester ketiga iaitu sudah 30 minggu, bersamaan dengan lebih kurang 8 bulan.

Kalau nak tahu, ini merupakan anak kedua buat Julia Ziegler dan suaminya, Johan. Sebelum ini, pasangan ini telah dikurniakan anak pertama, baby girl pada bulan Januari tahun 2019.

Di ruangan komen, ramai rakan artis yang memberi ucapan tahniah seperti Faradhyia, Emelda Rosmila, Roy Azman, Yasmin Hani, Serina Redzwan, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi.

Peminat serta follower juga turut menulis komen dan mendoakan supaya semuanya berjalan dengan baik buat Julia Ziegler dan juga suami.

Imbas kembali, Julia Ziegler atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler bernikah dengan suaminya, dikenali dengan nama Johan pada bulan Januari 2017. Dari beberapa laporan, Johan merupakan seorang engineer dan mula mengenali Julia pada sekitar tahun 2015.

Julia Ziegler merupakan pelakon berdarah campur menerusi ayahnya dari Amerika Syarikat, popular menerusi filem seperti Jangan Tegur, Kayangan, Cicakman dan juga Cuci the Movie.

Tahniah diucapkan buat Julia Ziegler dan suaminya, semoga semuanya dipermudahkan.

Share

Recent Posts

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

1 hour ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

5 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

11 hours ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

14 hours ago

Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada…

1 day ago

Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See…

1 day ago

This website uses cookies.