Kakak Mira Filzah sah positif Covid19

33,632 views

Amerika Syarikat kini antara negara paling terkesan akibat virus yang melanda dunia ketika ini. Mencatatkan lebih setengah juta kes, negara berkenaan kini sedang berjuang untuk menangani virus berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, kakak kepada pelakon popular tanah air, Mira Filzah iaitu Nurain Farhana akhirnya mendedahkan bahawa dia turut antara mereka yang telah disahkan positif covid19.

Untuk pengetahuan, kakak Mira Filzah itu telah tinggal di Manhattan New York, Amerika Syarikat bersama suami dan anak.

Pada hujung bulan Ogos tahun lalu, Mira Filzah ada ke New York untuk melawat kakaknya itu.

Menerusi satu perkongsian oleh Nurain Farhana, dirinya mula disahkan positif sejak dua minggu lalu, dan kemudian telah mengasingkan diri. Malah, mengikut pengalamannya, dia merasakan negara Malaysia menjalankan tugas yang lebih baik dalam usaha untuk tangani wabak ini. Ini pengalamannya.

Dua minggu lepas, saya telah disahkan positif untuk test corona virus. Gejala dan symptom hadir sejak dari awal dan keputusan ujian mengambil masa selama seminggu untuk tiba. Saya catat semua symptom yang ada sejak hari pertama. Ini bukan diri saya yang tipikal. Tapi ini yang berlaku, sejak itu, saya mula lebih berhati-hati malah saya dah asingkan diri dari suami dan anak.

Syukur Alhamdulillah semua symptom saya adalah sederhana. Test di sini adalah sangat terhad tapi saya berjaya buat test masa tu. Kalau kalian nak tahu, saya tidak masuk atau admit ke hospital. Sama saya dah negative atau belum ketika ini, saya pun tak tahu. Tapi kalau ikutkan guideline, saya dah okey sekarang.

“Dengan pengalaman di Amerika Syarikat ini, saya rasa KKM Malaysia buat kerja lebih baik dalah hadapi wabak pandemic ini. Dengan segala ujian, rawatan dan advice dari pihak KKM Malaysia, memang lebih baik.

Kakak Mira Filzah turut mengatakan dirinya baik-baik sahaja ketika ini. Dia telahpun kembali kepada keluarganya setelah lebih dari dua minggu asingkan diri.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat mereka yang terkena virus ini. Kita doakan mereka yang terkena dan positif, akan kembali sihat seperti sediakala.