Categories: Hiburan

Kalau ikut suara sedap, minggu pertama Noraniza Idris dah keluar, jelas Tok Ram

Rancangan Gegar Vaganza untuk music baru, musim ke tujuh ini menerima pelbagai komen terutama berkenaan salah seorang pesertanya.

Peserta berkenaan tak lain tak bukan ialah Noraniza Idris yang lebih mesra disapa dengan nama Kak Ani.

Memegang status legend dek kerana kehebatannya dalam bidang nyanyian irama Malaysia, Noraniza Idris gagal memenangi hati para peminat yang baru.

Begitu banyak luahan rasa yang dibuat oleh para penonton dan netizen di laman media sosial, yang hairan dan pelik melihat kedudukan Noraniza Idris sering mendapat tempat teratas walhal suaranya dikatakan taklah sesedap mana.

Antara yang sering jadi tumpuan ialah para juri, yang menilai para peserta. Akhirnya juri tetap, Datuk Ramli MS atau Tok Ram tampil memebri penjelasan kenapa Noraniza Idris selalu berada di tangga teratas konsert mingguan Gegar Vaganza.

Jelas Tok Ram, Noraniza Idris jarang buat kesalahan ketika menyanyi lagu dan penyanyi lagu Awallah Dondang ni selalunya mempunyai markah tinggi keraan tiada yang perlu dipotong.

Namun Tok Ram akui jika ini merupakan pertandingan nyanyian untuk suara yang sedap didengari, sudah pasti Noraniza Idris tak berada di tempat teratas.

“Noraniza Idris selalunya buat kesilapan yang sangat minimal. Korang semua kenalah faham. 100 markah sebelum menyanyi telah diberi, kalau yang terkeluar dipotong markah sampai 70, tinggal 30 saja”.

“Apabila buat kesilapan yang minimal, secara automatik kedudukan dia akan di atas. Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama lagi dia dah keluar”.

Tok Ram dan juri sering menerima komen dari netizen yang kurang berpuashati dengan permarkahan para peserta untuk musim kali ini.

Antara yang pernah bersuara ialah Michael Ang yang terkejut dengan kedudukan Noraniza Idris ketika itu berjaya menduduki top three.

Share

Recent Posts

Pendapat pedas Ahmad Iqbal tentang isu DS Vida dan Anuar Zain

Ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang isu yang melibatkan Dato…

6 hours ago

Anak sulung baru 10 bulan, Tasha Shila umum hamil anak kedua, tahniah!

Satu berita baik telah disampai oleh pelakon Tasha Shilla apabila kini sah hamikl anak kedua.…

7 hours ago

Kenapa sebut pasal projek besar semasa minta maaf pada Anuar Zain, ini respon Vida

Susulan satu komen dari Datuk Seri Vida yang melibatkan nama Anuar Zain, ahli perniagaan ini…

17 hours ago

“Mungkin jodoh di alam lain” Anuar Zain

Anuar Zain seorang penyanyi yang terkenal dengan kelunakkan suaranya yang amat berlemak dan merdu. Dengan…

19 hours ago

“We did it..” Ayda Jebat dan suami beli bungalow tiga tingkat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sedang meniti jambatan bahagia bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Kini…

20 hours ago

Anak tak sangka rupanya Pian Cecupak ada pusat tahfiz, habiskan detik akhir jaga ibu

Pelawak Pian Cecupak telah pun pergi buat selamanya malam semalam. Setelah pemergian yang ditangisi ahli…

1 day ago

This website uses cookies.