Categories: Hiburan

“Kalau rimas kena pakai niqab dan mask, tak payah keluar rumah” Fynn Jamal

Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini ada mengesahkan bahawa sekiranya seseorang itu memakai purdah atau niqab, mereka masih lagi perlu memakai mask yang disarankan pihak kementerian kesiahatan iaitu surgical mask.

Malah jika memakai face shield pun, individu itu tetap kena pakai surgical mask. Sebelum ini pun, ada yang beri saranan agar memakai double face mask untuk mengekang wabak dari terus menular.

Berbalik kepada isu niqab kena pakai mask ini, selebriti yang sudah berhijrah dan memakai niqab iaitu Fynn Jamal memberi pandangannya.

Jelas penyanyi ini, dia memberi saranan buat semua wanita berniqab di luar sana agar memakai surgical mask seperti yang disarankan.

Fynn Jamal juga berpesan sekiranya ada rasa rimas untuk memakai dua lapisan, kain niqab dan face mask, lebih baik duduk di rumah saja dan tak perlulah nak keluar.

“Bukannya susah sangatpun, jika sudah memakai niqab kita sedia maklum bahawa semua benda sukar. Nak makan burger susah, nak makan sup depan orang ramai pun susah. Macam-macam jadi lebih susah. Namun kita pun tahu jika nak pakai niqab, kita kena pakai proper. Kalau rasa rimas niqab dan mask, jadi lebih baik tak payah keluar rumah.”

“Formula dia ialah pakai surgical mask dan mask di luar, mask kain jenis branded ke, kamen rider ke, surgical mask tetap kena pakai.”

“Ini kerana niqab cuma sehelai dan ianya tidak langsung mampu kekang virus dan benda mikro. Jika ada individu yang bersin dekat kita, di atas permukaan counter, di shoping mall dan lepas tu kita sentuh dan garu hidung, habis settle kita. Oleh itu baik pakai je, untuk kita juga.

“Kepada yang belum berniqab dan rasa kesian kat orang yang berniqab terpaksa pakai berlapis sampai tak selesa, saya nak cakap chill saja, kami okey, jangan risau.”

“Sebelum ini, saya join marathon, naik basikal, main badminton, semua pakai niqab. Syukur alhamdulillah tak pernah kena sesak nafas lagi. Jadi apalah sangat pakai niqab dan mask.”

Pandangan Fynn Jamal ini dibuat di laman Instagram miliknya.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

7 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.