Categories: Terkini

Keadaan terkini Pak Lah Cecupak, hidap kanser usus tahap empat

Pelawak yang popular melalui kumpulan Cecupak iaitu Pak Lah atau nama sebenarnya Nur Affendi Nurdin kini telah di diagnos mempunyai penyakit barah usus.

Malah, penyakitnya itu dikatakan sudah masuk ke tahap keempat bererti ianya telah pun merebak.

Pak Lah Cecupak kini sedang menerima rawatan untuk kanser usus itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan terkininya, Pak Lah Cecupak ada muat naik gamabr yang menunjukakn dirinya agak kurus.

Pak Lah turut ada menulis satu ucapan yang mana dia rasa syukur kerana sejak dia mula melawan penyakitnya itu, dirinya telah menerima perhatian dan ramai yang ambil berat.

Ini komen dari Pak Lah Cecupak yang ditulis menerusi laman media facebook.

“Salam semua, saya mahu menujukan ini khas buat semua rakyat Malaysia, family, adik-beradik saya, sedara mara, rakan-rakan tak kiralah yang jauh mahupun yang rapat, kawan jauh dekat. Tak lupa kepada semua kawan dalam bidang seni Persatuan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Seniman dan juga pihak Music Author Copyright Protection.

“Secara ikhlas saya nak lahirkan rasa syukur sebab keprihatinan bantuan dari semua mereka yang tak berhenti hulurkan bantuan serta sumbangan untuk kurangkan kos perubatan saya.  Kini saya ada kanser usus tahap empat.

“Semoga Allah sentiasa memberi rahmat pada kita semua dan beri kesihatan yang baik. Semoga dilimpahi nikmat”.

Pak Lah menulis kerana tersentuh dengan bantuan yang diterima setelah dia sudah tak ada sumber pendapatan kerana jatuh sakit.

Pelawak ini kini dalam jagaan isterinya yang juga tak lagi bekerja untuk memberikan tumpuan kepada Pak Lah.

Untuk info, Pak Lah memang aktif melawak, berlakon dan jadi pengacara. Malah Pak Lah juga hebat dalam bidang penciptaan lagu dan pernah menulis lirik lagu tradisional dan lagu rakyat, terutamanya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.   

Senario pernah menyanyikan lagu ciptaan Pak Lah iaitu lagu Joget Toleh Menoleh.

Semoga Pak Lah kembali sembuh, kita sama-sama doakan.

Share

Recent Posts

“Hanya ajal memisahkan kita” Ini luahan Nynaa Harizal

Pelakon sedang meningkat naik Nynaa Harizal dan suaminya Fahmi Ilyas menjadi tumpuan sejak kahir-kahir ini…

1 hour ago

Sedang dipuji melambung, ini peringatan diri untuk Aliff Aziz

Pentas Gegar Vaganza kembali lagi di musim kelapan. Kini dah masuk dua minggu rancangan ini…

3 hours ago

Kes SOP, Neelofa dan Pu Riz dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah

Mahkamah Majistret Seremban telah melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Ismail daripada tuduhan…

20 hours ago

Nynaa Harizal dan suami berpegangan tangan di mahkamah, kembali berbaik

Kisah perkahwinan antara pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas dilihat seperti sudah…

22 hours ago

Ada mesej isteri Raisuddin tentang hubungan dengan Shuib, ini penjelasan Makder

Melalui satu entry di laman IG milik ibu tiri arwah Siti Sarah Raissuddin, iaitu Siti…

1 day ago

Mahkamah arah harta rumah Sajat di Kota Damansara disita, dilelong

Ini berita terkini melibatkan Sajat. Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan satu arahan agar harta…

1 day ago

This website uses cookies.