“Kecik-kecik dah ajar warna rambut, sumpah tak lawa” ~ Netizen

6,077 views

Penyanyi Lan Solo dan isterinya Sheila telah muatnaik beberapa gambar menunjukkan anak-anak mereka telah mewarna rambut.

Dapat dilihat warna rambut anak-anak perempuan diwarnakan dengan colour blonde manakala anak lelaki mereka mempunyai warna rambut purple.

Di laman Ig milik Sheila, dia meluahkan rasa lega sebab masih sempat colour anak-anaknya sebelum perintah kawalan pergerakkan.

Menerusi entry berkenaan, Sheila membidas mereka yang sibuk nak persoalkan tindakannya itu, dan mengatakan tak perlu nak kecam.

Nasib baik sempat buat blonde rambut anak-anak. Kini dah nak PKP ye wak. Malas dah nak fikir kenapa. Korang semua nak tahu tak, buat rambut anak empat orang ni saja dah boleh botak kepala daddy dorang.

Takkan ini pun ada yang nak kecam, duit daddy mereka, bukan duit korang pun.

Mommy belum tahu lagi daddy nak bagi apa, gelang emas agaknya. Eh suami kita wak. Tak guna duit awak dan suami awak pun.

Gambar-gambar anaknya yang kini mempunyai rambut blonde dan purple itu akhirnya telah menerima banyak kritikan dari netizen.

Pengguna bernama Hasniza Man meminta jangan ajar anak kecil untuk warna rambut. Ini tulisnya: “Please janganlah mula ajar anak colour rambut.

Qied pula mengatakan warna rambut tak sesuai dengan warna kulit anaknya. “Sorry to say lah sis. Warna rambut tu tidak sesuai la anak sis dengan warna tu.”

Seorang lagi follower bernama Leezaadik berkata warna rambut tak lawa. “Kecil-kecil lagi dah ajar anak-anak warnakan rambut, maaf ye sumpah tak lawa.

Akan tetapi ada juga follower dan rakan artis lain yang menulis cantik rambut anak Lan Solo sempena raya. Yang penting anak-anak happy.

Lan yang merupakan peserta Gegar Vaganza, bernikah dengan Sheila sejak tahun 2009. Mereka mempunyai empat orang cahaya mata, tiga perempuan seorang lelaki.