Categories: Hiburan

Kenyataan penuh Mimi Lana, minta break dengan Syafiq Kyle

Pelakon utama filem Pusaka, Mimi Lana dan Shafiq Kyle telah menjalin hubungan istimewa selama 5 tahun. Namun semua terlerai juga pada tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Mimi Lana yang mana dia telah pun berpisah dengan Syafiq Kyle pada bulan lalu.

Mimi Lana tidak mendedahkan apa puncanya namun berkata mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tak ada lagi persefahaman antara mereka.

Ini kenyataan rasmi yang dibuat oleh Mimi Lana melalui portal Berita Harian malam tadi.

“Yang saya boleh cakap antara kami berdua, kini dah takde persefahaman lagi. Untuk penjelasan, hal ni tak ada kaitan dengan isu populariti dan bukan juga disebabkan orang ketiga.

“Di saat ini,hubungan kami masih baik dan kami berdua tak pernah ada masam muka, akan tetapi anggap saje bahawa hubungan antara kami tidak berpanjangan, tak ada jodoh”

Tambah pelakon berumur 25 tahun ini lagi, Mimi akui dialah yang minta putus dengan Shafiq Kyle. Walapun begitu, Mimi tetap sedih setelah terlerainya ikatan cinta dengan Shafiq Kyle. Apatah lagi sudah 5 tahun rapat.

“Memang tipulah kalau nak cakap saya tidak sedih lepas break ni. Dah lima tahun kami berdua jalinkan hubungan, memang banyak sangat momen dan ingatan indah yang kami cipta bersama-sama. Tapi nak buat macam mana, saya reda dengan apa yang berlaku ni. Hidup kenalah diteruskan juga.

“Ketika ini, saya hanya akan fokus untuk majuk diri dalam bidang seni. Tentang cinta, saya akan tolak tepi dulu. Bila hidup solo ni, lebih mudah untuk saya rancang kerjaya seni saya lepas ni”

Dalam pada itu, walaupun sudah berpisah, Mimi Lana tak menolak jika ada offer untuk berlakon dengan Shafiq Kyle selepas ini.

Kali terakhir Mimi Lana muat naik gambar Shafiq Kyle adalah berkenaan sambunagn sekual untuk filem Pusaka pada bulan lalu namun ianya kini telah dipadam.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

8 hours ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

8 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

1 day ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

2 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

2 days ago

This website uses cookies.