“Kirim salam, jadi posmen lah” Netizen tak gemar komen juri GV7

11,866 views

Dengan berakhirnya rancangan ini pada hari Ahad malam tadi, kita dapat lihat kejutan di pentas akhir, yang mana buat pertama kali ada tujuh peserta dan tiga penyanyi berduet nyanyi lagu hip hop.

Kemudian, dapat lihat juga satu comeback yang mana Cliff Umar duduk tempat terakhir di semifinal, tetapi cemerlang di final dan dinobatkan sebagai juara.

Namun begitu, selain para peserta, juri untuk rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh ini seringkali juga jadi bahan komen para netizen.

Antara yang paling selalu dibicarakan ialah komen dari Datuk Khadijah Ibrahim iaitu kiriman salam kepada pengacara dan para peserta.

Pada awalnya mungkin semua boleh terima, namun dek kerana terlalu kerap, netizen melihat ianya agak berlebihan dan terlalu kerap.

Penonton melihat komen dari Datuk Syafinaz sebagai amat bernas selain merindui komen jujur dari juri musim lalu iaitu ibu Hetty Koes Endang.

Ini antara komen dari netizen: “Rasanya GV musim lapan kena tukar juri. Bagi terus pada Dato Syafinaz sebagai ketua juri dan juri tetap kedua, ibu Hetty. Yang aunty kirim salam tu boleh gugur sajalah. Boring, asyik selalu kirim salam, ingat kerja posmen ke”.

Hal ini turut diakui oleh pengarah Michael Ang yang terkenal dengan komen berkenaan rancangan gegar Vaganza ini. Jom baca komen dari Michael.

Saya kena akui, amat rindu dengan komen mak Hetty Koes Endang jadi jury. Ini sebab when she comment, dia amat jujur sekali. Tok Ram pun macam sudah hilang taring, Mak Kathy pula macam buat promo percuma dan seperti baca berita. Kirim salam lagi baik jadi posmen lah”.

Jom baca komen dari para netizen dari laman media sosial berkenaan juri Gegar Vaganza musim ini.

Apa pun, lain orang lain caranya jadi juri. Ada yang cakap berlapik dan yang ada yang sebaliknya. Masing-masing dengan cara tersendiri.