Kisah arwah Maya Matahari sentiasa simpan gambar passport Saida

3,226 views

Antara berita yang amat mengejut dan berlaku tanpa di duga pada tahun ini adalah pemergian beberapa artis ternama tanah air. Antaranya ialah berita pemergian arwah penyanyi Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee.

Maya sebenarnya dilihat seperti nak buat comeback di bidang nyanyian ini setelah menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada tahun 2018.

Namun tidak disangka, itu merupakan tribute terakhirnya dalam bidang seni. Maya Matahari telah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Mac 2020.

Tak disangka, Maya rupanya seorang pesakit kanser sarkoma dan sedang berjuang untuk melawannya tanpa memberitahu pada umum.

Kini masuk dua bulan arwah Maya tiada, rakan baiknya iaitu penyanyi Saida telah luah rasa rindu kepada arwah. Saida memberitahu bahawa arwah Saida masih menyimpan gambar pasportnya di dalam dompet sampailah arwah pergi buat selamanya. Ini komennya.

Selalunya pada tarikh 13 Mei, aku akan ungkapkan selamat hari lahir buatmu sahabatku Maya. Namun, pada tahun ini kisahnya berbeza, hanya doa yang aku kirimkan kepadamu. Semoga tenang di sana, Allah sayang kamu”.

Gambar pasport itu arwah Maya sentiasa simpan dalam dompetnya dan arwah akan bawa ke mana-mana sahaja. Itulah erti persahabatan kami yang terjalin ini, dan sudah tentu akan aku sentiasa kenangnya sampailah ke akhir hayatku. Alfatihah buat mu sahabat baikku. Akan aku kenang dirimu dalam doaku“.

Dikatakan adik kepada Maya telah check beg duit arwah kakaknya itu, dan menjumpai gambar berkenaan, lantas mengirimkannya kepada Saida.

Begitulah baiknya mereka berdua ini. Sehinggakan kedua mereka saling menyimpan gambar passport masing-masing. Inilah yang baru dikatakan best friend forever.

Sebelum ini, Saida dan arwah Maya Matahari memang dilihat selalu bersama dan memang akrab sejak tahun 2009 lagi. Mereka berdua juga ada merakam lagu duet bersama berjudul Setia.

Saida merupakan kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza manakala Maya pernah popular dengan lagu berjudul Matahari.