Categories: NewsViral

Kenyataan Ustaz Abu Syafiq kepada Mufti Perlis

Mufti Perlis ada berbicara tentang keihlasan seseorang untuk bersedekah da nada juga bertanya tentang Ebit lew yang menderma terbuka. Menurutnya, tak perlulah seseorang itu nak jadi hakim untuk mempersoalkan niat orang dan hal ikhlas kerana itu adalah urusan individu tersebut dengan Allah.

Ini kata Dr Maza:  “Itu bukan urusan kita untuk bicara tentang derma dan keikhlasan seseorang. Malahan, jika seseorang itu menderma, orang yang menerima derma itu akan menerima bantuan dan keperluan. Tapi tentang ikhlas itu adalah bukan urusan kita. Kalau nak kritik ni boleh tapi kritiklah perkara yang tertentu, apa masalahnya derma, bukan urusan kita. Tapi individu ini, saya pun pernah kena dengan dia.

Ini respon balas Ustaz Abu Syafiq kepada Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih sinonim dipanggil Dr Maza yang ditulis di laman IG miliknya.

Pertama saya mahu cakap terima kasih kepada Dr Maza sebab cakap tentang perihal diri saya ekoran hal berkaitan yang dibuat secara salah dengan seorang pendakwah. Saya terkilan sebab banyak hal yang Dr Maza cakap tentang saya dengannya adalah tak tepat. Minta sangat hal ini dibetulkan.

Kedua, saya tak pernah cakap pun bahawa pendakwah itu ada riak dalam program dermanya atau pertikaikan keikhlasan dia.

Apakah hak saya nak pertikaikan keikhlasan org lain. Tapi saya akui sentiasa ingatkan diri saya dan semua orang supaya jaga keikhlasan ketika membantu orang lain. Tak salah saya ingatkan agar terus kekal dengan keikhlasan sebab ianya satu amalan oleh para sahabat dan nabi selalu ingatkan tentang sifat ikhlas. Itu pun saya tak tujukan pada sesiapapun, tetapi tuju pada diri saya dan juga secara umum.

Ketiganya, Dr Maza dakwa saya ada menghukum pendakwah tersebut sebagai kapir. Dakwaan ini langsung tak benar wahai Dr Maza. Demi Allah, saya masih waras dan kuat berpegang dgn susunan Imam Attohawi bahwa kita tak akan kapirkan Ahli Qiblat. Ini satu tuduhan yang berat kepada saya dan meminta agar Dr Maza perbetulkan tuduhan berkenaan.

Terakhirnya, saya mohon supaya Dr Maza tak lupa nasihatkan rakan-rakan Dr Maza dari fahaman Wahabi yang jenis hukum sesat seluruh ahli Tabligh malah ada Wahabi yg terus hukum kapir kepada jemaah ahli tabligh. Betul kan? Tolong jgn sembunyi fakta ini.

Tulisan ini dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq pada pagi Rabu setelah Dr Maza ada membuat satu video bercakap tentang keikhlasan.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

35 mins ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

3 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

5 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

16 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

20 hours ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.