Komen Neelofa tentang Sharnaaz setelah berpisah dengan kakaknya

3,161 views

Melihat depan mata kakaknya dan Sharnaaz Ahmad telah akhiri hubungan sebagai suami isteri, Neelofa telah memberi pandangannya tentang hubungan mereka berdua.

Kata Neelofa, setelah Nabila dan Sharnaaz berpisah secara baik, dia amat kagum melihat sikap mereka yang amat profesional ketika menjaga anaknya.

Bahkan bagi Neelofa, apa yang dilakukan oleh Nabila dan Sharnaaz ini wajar dijadikan contoh buat pasangan yang telah berpisah kerana keduanya melepaskan ego masing-masing dan bersama-sama menjaga anak.

“Tak de apa pun yg saya nak komen tentang perpisahan antara mereka. Namun, saya nak kongsi tentang hubungan mereka setelah berpisah. Saya amat kagum tengok hubungan Sharnaaz dan Nabila sebaba biarpun bukan lagi suami isteri, mereka sangat professional”.

“Kalau ada orang lain datang ke rumah, tengok mereka meayan anak ketika itu, orang akan ingat mereka masih lagi bersama umpana suami isteri. Memang tak nampak macam hubungan mereka ni ada masalahpun”.

Secara terbuka, Neelofa akui dia hormati dengan Sharnaaz sejak melihat pelakon berkenaan menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan baik sekali.

“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah dan ambil masa untuk meluangkan waktu dengan Jebat Jayden.  Ada kalanya, Sharnaaz datang sampai dua kali satu hari.

“Sejujurnya saya amat hormat dgn Sharnaaz sebab laksanakan responsibility sebagai ayah dengan sangat cemerlang”.

“Ini sebenarnya satu perkara yang amat positif. Ramai kena tahu tentang sikap mereka ni. Diharapkan mereka di luar sana yang sedang alami situasi yang sama boleh ikuti apa yang mereka berdua ni lakukan, demi anak. Sedangkan, kedua mereka ni boleh lakukan, kenapa orang lain tak boleh”.

“Saya berdoa supaya Nabila dan Sharnaaz dapat temui kebahagiaan masing-masing. Dan jika ada temui pasangan yang sesuai semoga ianya kekal sampai akhir hayat”.

Pada tahun 2017, Nabila dan Sharnaaz bernikah dan disahkan berpisah pada awal Julai tahun 2020.