Categories: Hiburan

Kronologi penuh, Ali Puteh berang dengan Aliff Syukri dan isteri Abam

Malam tadi, telah berlaku sesuatu antara Hidayah, balu Abam dan juga pihak keluarga Abam iaitu Ali (kumpulan Puteh). Semuanya gara-gara satu video yang dibuat secara live oleh jutawan yang juga instafamous, Datuk Seri Aliff Syukri.

Hal ini telah mengejutkan ramai pihak terutama apabila Ali Puteh telah mengamuk terhadap kakak iparnya dan juga Aliff Syukri. Ini adalah kisah penuh dan kronoligi penuh bagaimana hal ini boleh berlaku.

Semuanya bermula apabila Aliff Syukri telah datang ke rumah ibu bapa Hidayah iaitu isteri kepada Abam. Rupanya Hidayah dah tidak tinggal lagi di rumah arwah Abam dan tinggal di rumah ibu bapa kandungnya. Hidayah telah membawa anak mereka, Hamzah.

Aliff Syukri telah interview Hidayah dan bertanya keadaan terkini balu kepada Abam itu setelah pemergian Abam. Hidayah telah mendedahkan bahawa semua peninggalan Abam telah diuruskan oleh pihak keluarga Abam (adik beradik Abam).

Ini antara intipati temubual itu yang menjadi viral:

Aliff Syukri: “Sebelum ini Hidayah dah jadi suri rumah dan sekrang apa rancangan selepas ini?

Hidayah: “Lepas ini, saya akan uruskan perniagaan bapa saya

Pembantu Aliff: “Saya dgr kereta akak dah kena tarik, bagaimana akak nak uruskan perniagaan itu? Boleh akak cerita sikit?

Hidayah: “Hari itu saya mahu bawak anak saya pergi klinik sebab dia macam demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tidak bagi

Aliff Syukri: “Khabarnya arwah suami (Abam) seorang yang selalu sedekah, bagaimana pula dari segi harta wasiat?”

Hidayah: “Saya tidak tahu sebab belah sana yang uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma pikir nak besar kan anak saya ini sahaja

Oleh kerana video ini tersebar, Ali Puteh telah berang lantas memuatnaik satu caption yang menggelar kakak iparnya umpama berhati binatang.

Ini tulis Ali: “Bila balu arwah Abam berhati binatang” ini tulisnya lagi “baru seminggu meninggal semua harta yang dikejar, aku akan buka segalanya”.

Ini terus memeranjatkan netizen, dan tertanya kenapa Ali marah sebegitu sekali terhadap balu kepada Abam itu. Ternyata netizen tak setuju dengan tindakan Ali sampai melabel kakak iparnya macam gitu. Tak lama selepas itu, Ali delete semula entry berkenaan.

Ali Puteh kemudian memuatnaik satu lagi caption yang mana di mahu bersemuka dengan Aliff Syukri, ternyata Ali berang dengan tindakan dan juga temubual Aliff Syukri itu.

Kata adik kepada Abam ini, Aliff mencari kekayaan dengan buat duit menerusi video di Utube dan sanggup langgar adab agama.

Aliff Syukri tidak berdiam diri dan membalas bahawa kedatangannya adalah untuk bertemu dengan waris Abam, dan juga nak bantu ibu tunggal malam kedatangannya disambut baik oleh keluarga Hidayah. Jutawan ini berkata dia boleh saja nak bertemu dengan keluarga Ali tapi mempersoalkan kenapa perlu nak marah-marah.

Ini komen Aliff Syukri: “Saya memang tidak faham, saya datang hanya mahu beri bantuan duit dan peralatan rumah sebabnya saya nampak dia (Hidayah) memerlukan dan bertanya khabar. Kedatangan saya telah disambut baik oleh pihak mereka (keluaga Hidayah) dan semua soalan yang saya Tanya sebenarnya dah di persetujui oleh mereka bukan saya suka-suka tanya”

Ali Puteh telah memberi respon seperti ini di laman IG milik Aliff Syukri: “Kau patutnya mintak kebenaran dari pihak keluarga arwah. Bukan memandai-mandai dan boleh datangkan fitnah. Nak buat amal, buatlah tapi janganlah berlagak kaya macam semua kau yang punya

Itulah kronologi kisahnya kes antara Aliff Syukri, Hidayah dan juga Ali. Setakat ini sampai situ saja dan belum ada sebarang kenyataan lain dari mereka. Diharap semua masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Recent Posts

Lana Nodin dakwa DG Noor Hisham berlakon sedih, minta letak jawatan

Penyanyi popular tanah air, Lana Nodin nampaknya amat lantang bersuara, dan kali ini telah memberi pandangan yang amat keras kepada…

7 hours ago

Caprice rasa amat sunyi

Nama Caprice kini memang panas setelah dikaitkan isu dengan Ustaz Ebit Lew. Semuanya bermula setelah mereka terlibat dengan satu misi…

12 hours ago

“Sejadah nipis, sakit lutut dan dahi” Eyra Hazali beri honest review

Pelakon drama Mr Grey, Eyra Hazali secara tiba-tiba trending namanya di laman Twitter. Rupanya ini kerana Eyra Hazali telah memberi…

15 hours ago

Nabila Huda ganti Awal Ashaari dan Janna, Amyra Rosli ganti Mira Filzah

Sudah sah bahawa Awal Ashaari dan Janna Nick bukan lagi host rancangan Melodi TV3. Hari ini merupakan episode terakhir Awal…

1 day ago

Awal Ashaari dihentikan sebagai host Melodi, diberi notis dua minggu

Awal Ashaari mengesahkan minggu ini merupakan rakaman terakhirnya dalam rancangan Melodi TV3. Pengacara berpengalaman ini ada membuat satu kenyataan kepada…

2 days ago

Caprice upload video peluk Ustaz Ebit Lew, tak ada tepis tangan

Melalui sesi live yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, antara kisah yang diceritakan ialah tentang perjumpaan dengan Caprice di hotel…

3 days ago

This website uses cookies.