Lagu itu kisah benar Cik B, dikurung pembantu rumah, masalah dengan ayah

2,894 views

Cik B anak kepada Datuk Seri Vida, kini terus menuju ke puncak kejayaan apabila telah melancarkan lagu single pertamanya berjudul Tolonglah.

Malahan lagu ini telah menjadi hit dengan pantas, dan menjadi trending nombor satu di tanah air. Dalam masa 2 hari, jumlah yang menonton video muzik lagu Tolonglah, sudah mencecah lebih satu juta kali. Pencapaian yang menakjubkan.

Bercerita tentang isi lagu berkenaan, Cik B memberitahu ianya adalah pengalaman sebenar dalam kehidupannya.

Klip tentang dirinya dan adik beradik mempunyai detik hitam dengan pembantu rumah adalah benar-benar terjadi ketika dia masih kecil.

“Mungkin ada yang tak percaya tentang kisah saya sebab selalu nampak saya ni seperti bahagia dan happy saja. Ketika kecil saya kena kurung dan kena macam-macam dengan pembantu rumah. Saya juga mempunyai masalah dengan ayah. Lagu ini berksiar tentang kisah hidup saya dari kecil sampailah sekarang ni meningkat dewasa”.

Kata remaja 15 tahun ini, lagu itu dah siap tahun lepas, namun hanya sekarang dia baru berani nak release kerana sebelum ini kurang yakin.

“Lagu ni patut release awal namun masa tu saya tak sedia lagi dan takut untuk berdepan dengan pihak media. Sekarang ni saya rasa dah okey dan dah kurang malu dan saya lebih yakin serta percaya dengan diri saya”

Bercerita tentang imej yang ditonjolkan, Cik B berkata semuanya adalah pilihannya sendiri. Dengan keyakinan yang semakin meninggi ini dapat menonjolkan dirinya yang sebenar.

“Imej terpapar menerusi lagu itu adalah imej diri saya sendiri. Lagu berkenaan telah beri kekuatan untuk saya keluar dari kepompong malu untuk berdepan dengan semua orang selama ini”.

Cik B kini semakin popular dan boleh bergelar sebagai selebriti setelah menjadi pelakon menerusi drama pertamanya iaitu Lelaki Lingkungan Cinta berganding bersama pelakon remaja seperti Naim Daniel, Sasha Abdul, Ismail Ezani, Shalma Eliana dan Aniq Suhair.