Lama menyepi dari dunia seni, gambar raya Arni Nazira buat peminat teruja

4,762 views

Mungkin generasi baru dah tak kenal dengan nama Arni Nazira. Untuk yang tak tahu, Arni merupakan penyanyi dan juga pelakon yang agak popular sekitar tahun 1997 sehingga awal tahun 2000.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi setelah menyertai Asia Bagus, Arni Nazira turut berlakon filem di saat sedang meniti kemuncak kerjayanya.

Kemudian, Arni Nazira memperlahankan kerjayanya setelah bernikah dengan Awie pada hujung tahun 1998.

Hubungan mereka tak berkekalan dan akhirnya berpisah pada tahun 2006, ketika itu mereka telahpun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Awi berkahwin dengan adik Haliza Misbun iaitu Rozana Misbun manakala Arni bertemu cinta dengan rakan lamanya, rakan sejak dari sekolah.

Arni dan suaminya, Mohd Hazrie Wan Mokhtar disatukan pada atahun 2009 dan sehingga kini hidup bahagia dengan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Secara total, Arni kini mempunyai 5 orang anak, dua anak bersama Awie dan 3 orang lagi dengan suaminya sekarang.

Dalam perkembangan terkini, menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini, Arni Nazira mengubat kerinduaan para peminatnya apabila ada muatnaik gambar terkini bersama family nya, yes betul gambar sempena hari raya.

Walaupun disambut dengan PKP, Arni dan keluarga tetap memakai baju raya sedondon iaitu memilih tema warna purple.

Jom tengok gambar raya keluarga Arni Nazira.

Kalau tengok dari gambar, memang dah besar panjang dah anak-anak Arni Nazira. Anak sulungnya kini dah pun berumur 21 tahun. Manakala anak paling bongsu kini dah masuh 6 tahun.

Di ruang komen, ramai yang ucap selamat hari raya kepada Arni sekeluarga dan ada juga yang memuji Arni kelihatan maintain cantik walaupun usia dah masuk 42 tahun.

Untuk info sejak berkahwin dengan suaminya, yang merupakan seorang usahawan, Arni Nazira kini bergelar suri rumah sepenuh masa dan selesa serta bahagia dengan kehidupannya itu.