Categories: Hiburan

Laudya Cynthia Bella delete semua gambar, unfollow Engku Emran

Pelakon popular dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella diketahui ramai telah berkahwin dengan warga Malaysia iaitu Engku Emran. Kini sedang hangat dan menjadi bualan netizen apabila ada yang mendakwa bahawa pasangan suami isteri tersebut sedang mengalami masalah rumah tangga.

Kisah tersebut mula tersebar luas dan jadi buah mulut apabila Laudya Cynthia Bella yang dilihat telah pun mengambil tindakan dengan memadam kesemua gambar dia serta suaminya di laman sosial Instagram miliknya. Namun foto bersama Engku Aleesya iaitu anak tirinya masih lagi ada. Engku Aleesya merupakan anak Engku Emran dengan bekas isteri, Erra Fazira.

Pelakon dan penyanyi ini juga dilihat telah unfollow Engku Emran di laman media social.

Apabila wartawan mula nak bertanya hal ini, Laudya Cynthia Bella dilihat hanya membisu. Sementara itu, ada wartawan yang hantar pesanan melalui Whatsapp kepada Engku Emran, namun tiada jawapan balas.

Tetapi ada juga yang mengatakan, baru-baru ini Laudya Cynthia Bella serta suaminya Engku Emran telah dilihat telah menghadiri satu majlis bersama dan ini telah jadi tanda tanya, apa sebenarnya status mereka berdua.

Jika dulu pelakon ini juga pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi memuat naik gambar bersama suaminya itu kerana tidak mahu ada wanita lain yang akan merampas Engku Emran daripadanya.

Caption yang ditulis oleh Laudya Cynthia Bella juga ada memberitahu bahawa perempuan zaman sekarang suka merebut cinta dari suami orang. Jelasnya lagi bahawa sekiranya suka dengan lelaki tersebut mintalah dengan Tuhan.

Sebagai rekod, suami kepada Laudya iaitu Engku Emran pernah berkahwin dengan artis popular Malaysia iaitu dengan Erra Fazira dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Engku Aleesya.

Namun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama dan mereka telah mengambil keputusan untuk berpisa pada tahun 2014 serta hak jagaan anak diberikan pada Engku Emran.

Walaubagaimanapun, hubungan Erra dan Engku Emran masih baik dan dilihat Erra juga mempunyai hubungan yang baik dengan Laudya Cynthia Bella.

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah selamat diijabkabulkan pada September 2017 dan pasangan ini telah berkahwin di Malaysia.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

6 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.