Lepas 25 hari, Ashraf Muslim keluar wad, bebas Covid 19

2,515 views

Pelakon Ashraf Muslim kini selamat dari menjalani rawatan akibat virus corona. Ashraf Muslim akhirnya telah keluar dari Hospital Sungai Buloh setelah hampir 25 hari berada di wad. Menerusi satu video di laman Instagram miliknya, Ashraf Muslim berkongsi detik terakhir ketika dia meninggalkan wad berkenaan.

Sebenarnya, Ashraf Muslim dikatakan dah negative untuk corona virus pada sehari sebelum bulan Ramadhan, namun memilih untuk kuarantin selama dua minggu di dalam wad di hospital ini berbanding kuarantin sendirian di rumahnya.

Jelas Ashraf, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat semikian, jom baca kenyataannya.

“Salam, berakhirnya di wad 31. Masanya kini tiba, memang berat hati nak tinggal kawan-kawan di wad ini. Mereka saya anggap macam keluarga. Tak boleh nak terjemahkan perasaan ini, tiga hari sebelum balik memang sayu nak tinggalkan wad.”

“Banyak kisah dan perkongsian dibuat di sini yang mana semua pesakit datang dari pelbagai latarbelakang namun hanya satu saja yang kami nak ketika di sini iaitu ketenangan.”

“Saya mohon maaf kepada semua termasuk rakan artis, reporter, peminat yang tanya bila saya boleh keluar wad. Selalu saya elak nak menjawabnya. Ini kisahnya, saya dah lama negative iaitu pada sehari sebelum tibanya bulan Ramadan ni. Kemudian saya pilih untuk tinggal di wad 31 untuk kuarantinkan diri selama 2 minggu. Antara sebab utamanya ialah saya dapat buat solat jemaah pada bulan mulia ini dan dapat buat ibadah bersama-sama dgn rakan-rakan pesakit yang lain. Inilah satu terapi buat hati saya untuk jadi lebih tenang. Maafkan saya dengan tindakan saya itu.”

“Saya juga nak ucap terima kasih buat semua pakcik, rakan-rakan dan juga nurse serta doctor yang sentiasa menjaga dan terima saya di sini.”

Syukur Ashraf Muslim dah pun sembuh dari corona virus dan kini dah pun keluar dari hospital. Semoga pelakon ini akan dapat bersatu semula bersama keluarganya selepas ini.