Lepas viral tweet Maya Karin, ini komen Tunku Azizah

6,568 views

Tiba-tiba isu tentang penguasaan bahasa Inggeris di negara ini jadi topik hangat apabila pelakon Maya Karin ada muatnaik satu screenshot tentang pengalamannya bertanya kepada seorang budak. Dalam perbualan itu, Maya Karin menunjukkan bahawa budak itu tidak menjawab soalannya dalam bahasa inggeris namun apabila ditanya dalam bahasa melayu, baru budak itu jawab.

Hari ini, isu ini kemabli jadi bualan apabila ada satu tweet dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah mencuri tumpuan rakyat jelata.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman media sosial Twitter rasmi dengan anam @cheminahsayang pada hari Selasa telah menjelaskan sebenarnya dia tak rasa malu apabila salah dalam penggunaan bahasa Inggeris akan tetapi jika dia salah dalam bahasa melayu, dia agak malu kerana ia merupakan bahasa ibunda baginda.

Ini tulis Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: “Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu”

Di ruang komen, ini tulis baginda lagi: “Awak macam anak saya, mereka tegur saya juga kenapa suka type banyak dot dot. Kalau cakap orang puteh bunyi tak betul pun mereka ketawakan saya. Saya hanya jawab I like and saya melayu dan bukan orang puteh, so bear with my Inggeris. Pernah dengar tak orang Siam, Indonesia dan Filipina cakap orang putih? Sedap je slang mereka”

Dengan segera, tweet ini jadi viral dan sehingga kini, tweet tu dah terima lebih 23ribu kali retweet dan 37ribu likes.

Ia pantas menerima reaksi dari para netizen yang turut memberi komen diruang posting berkenaan, rata-raat suka dengan tweet dari baginda itu yang mermartabatkan Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan Negara ini.

“Tuanku sangat berjiwa rakyat. Kita rakyat Malaysia harus bangga dan sentiasa bertutur dalam bahasa ibunda.

“Betul Tuanku, masa saya kerja di luar negara boss saya ckp it’s ok english is not your mother tongue. Janji awak faham dan customer faham sudah lah. Lama2 english saya power sbb belajar dari mereka

“Betul tu tuanku, saya pun macam tuanku juga. Bahasa jiwa bangsa. Saya anak Melayu. Daulat Tuanku”

“Kenapa bangsa kita tak boleh jadi macam orang jepun yang bangga dgn bahasa ibunda mereka. Mereka tak akan gunakan bahasa pertuturan mereka selain bahasa jepun. Kalau kita ke negara mereka pun, susah betul nak cari papan tanda dalam bahasa inggeris. Setuju?”

Itulah antara komen dari para netizen di Twitter baginda.