Hari ini, pada hari Jumaat, bermulalah ibadah puasa yang merupakan satu kewajiban buat semua muslimin dan mulimah di Malaysia dan seluruh dunia. Sempena kedatangan bulan yang teramat mulia ini, Nur Hidayah, isteri kepada Allahyarham Abam Bocik telah mengenangkan dirinya yang buat pertama kali berpuasa dengan anak tapi tanpa kehadiran suami di sisi.
Menerusi satu posting, Hidayah menulis rasa yang terbuku di hatinya sempena kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini.
Kata Hidayah, puasa pada tahun ini memang amat berbeza dan rasa seba terkenangkan kedatangan Ramadhan tanpa adanya Abam di sisinya. Ini tulis Hidayah.
“Selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia, bulan ramadhan pada 23 April tahun 2020. Memang tahun ni beza masa nak sambut puasa. Rasa sayu hati ini apabila berpuasa tanpa insan tersayang.
“Ya Allah, anugerahkanlah kepada suamiku balasan yg sebab telah bimbingku ke jalan yang benar dan pahala yg besar diatas segala kasih sayangnya yang dicurahkan kepadaku, amin. Sesungguhnya kaulah maha pengasih dan juga maha penyayang. Al fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar.
Pada tahun 2017, arwah Abam dan Nor Hidayah telah disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Mereka berdua telah dikurniakan seorang cahayamata bernama, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini sudah berumur 8 bulan.
Abam adalah pelawak popular dan namanya mula melonjak naik setelah bergabung dengan Fad dan Acey membentuk kumpulan Bocey.Ketika di zaman kegemilangannya, Abam pernah memenangi anugerah sebagai pelawak lelaki paling popular.
Pada bulan Februari yang lepas, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Abam di rumahnya di Gombak akibat demam panas.
Abam juga sering membuat hashtag di laman Instagramnya yang menulis gemuk is awesome dan juga kita baik ramai yang saying.
Sebelum ini ada kisah yang menyatakan tentang anak kepada penceramah terkenal ada buat aksi yang…
Janna Nick merupakan antara pelakon yang amat popular di Malaysia ketika ini. Namun dia juga…
Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…
Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…
Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…
Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…
This website uses cookies.