Categories: Hiburan

Luahan sebak Chiwan dan Achok Chilok, buat ramai sayu

Memang satu berita yang amat dukacita buat industry hiburan tana air terutama mereka yang terlibat dalam dunia lawak apabila salah seorang pelawak dari kumpulan Chilok iaitu Kamal telah pergi buat selamanya semalam.

Pemergian Kamal Chilok sudah tentu membuatkan dua rakannya dalam kumpulan yang sama iaitu Chiwan Chilok dan Achok Chilok amat terkesan. Mereka bertiga telah berjuang di pentas Maharaja Lawak Mega dan susah senang bersama-sama.

Di laman IG milik mereka berdua, Chiwan dan Achok ternyata amat sau dengan berita ini dan telah menulis ucapan khas buat sahabat nya, arwah Kamal.

Achok masih lagi terkejut dengan berita ini. Achok akui telah mengeluarkan air matanya apabila berita ini diketahuinya.

Ini komen dari Achok: “Masa aku datang jenguk kau kat Wad icu aku dah nangis Mal, tadi dpt berita kau dah tak ada aku tak tau nak cakap apa, aku terkejut sangat. Allah sayangkan kau Mal, lepas ni tak ada kawan yg kuat bahan aku dan kwn yg aku boleh bahan dalam Chilok dah. Sebelum start show aku mesti suruh kau gelak dulu utk bagi aku hilang nervous. Tq Mal sebab menjadi pendengar yg selalu membantu dan positif dlm apa keadaan. Aku sayang kau sahabat Kamal, semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.

Ini luahan sayu Chiwan: “Tak ada lagi org yg nak panggil aku “chi”guna suara bass. Tidak ada lagi org yg akan abiskan makanan aku. Tak ada lagi orang yg akan bawak patin tempoyak dtg Kuala Lumpur untuk aku. Even muka ko lg tua dari aku aku dah anggap ko macam adik aku sendiri Mal. Tenanglah kau disana sahabat.”

“Aku sayang ko Mal, semua orang sayang ko Mal tapi semua kena akur kerana Allah lebih menyayangi kau Mal. Terima kasih Ya Allah sebab pinjamkan Kamal pada kami even hanya sebentar. Cukuplah untuk kami merasai kenangan terindah bersama kau Mal. Pulang la Kamal kepada sang pencipta. Satu hari nanti aku akan menyusur juga. Semoga kau dicucuri rahmat dan berada disamping orang yg beriman. Al-fatihah”

Chiwan juga memberitahu semuanya tenang ketika proses pengebumian arwah Kamal pada pagi Ahad.

Ini komennya: “Alhamdulillah semua urusan berlaku dengan sgt lancar, senang dan tenang sangat pemergian ko Mal. Penghormatan terakhir dari aku dan achok untuk ko Mal. Ramai yg dtg Mal tgk ko buat kali terakhir. Semangat kau sentiasa kitorang bawa untuk berjuang dalam industri. Aku sentiasa rindukan gelak tawa kau Mal. Terima kasih pernah jadi sebahagian dari keluarga aku. Aku syg kau dunia akhirat Mal. Tenang la kau disana Mal. Semoga dicucuri rahmat dan berada dikalangan org yg beriman. Al-Fatihah”

Memang ramai peminat yang sebak membaca komen dari Ciwan dan juga Achok ini. Marilah kita doakan buat arwah Kamal serta takziah buat keluarganya.

Share

Recent Posts

“Berilah Ajad satu peluang.. dia sebenarnya baik” Mustika, adik perempuan Sajat

Semua pun tahu tentang kisah Muhammad Sajjad atau Sajat yang kini berada di Thailand setelah…

23 mins ago

“Akhirnya saya mengalah” Luahan Elyana.. Sama-sama doakannya

Dah mengaku kalah, itulah antara luahan hati dari penyanyi terkenal tanah air iaitu Elyana yang…

18 hours ago

Alahan pelik Syatilla Melvin, loya tengok rumah sendiri

Isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin kini sedang hamil anak ketiga. Memang kebanyakkan seseorang…

23 hours ago

Nur Sajat dibantu individu bernama Wan Besi?

Semua kini dah tahu tentang kes melibatkan Nur Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara…

1 day ago

Roslan Shah terus mesej Iqbal dan DS Vida, ini mesej balas dari Iqbal

Pagi tadi tak semena-mena ada kisah yang bertebaran tentang penghibur Roslan Shah yang ada bermimpi…

2 days ago

Rupanya Dayah Zubit dah berbadan dua, ini respon Siti Nurhaliza

Pada minggu lalu, telah disahkan bahawa pengasuh Siti Aafiyah, anak kepada Dato Seri Siti Nurhaliza…

2 days ago

This website uses cookies.