Categories: Hiburan

“Macam mana boleh ambil vaksin sampai kat Ipoh” Netizen tanya Eina Azman

Hari ini ada satu kes yang jadi sebutan orang ramai. Ianya tentang seorang artis yang ambil vaksin tetapi telah dipersoalkan para netizen. Artis yang disebut itu ialah pelakon terkenal Datin Eina Azman.

Eina Azman ada upload beberapa foto menunjukkan dirinya telahpun mengambil suntikan vaksin.

Pelakon ini ada muatnaik gambar bersama sepanduk saya telah menerima suntikan vaksin bersama suaminya Datuk Paduka Kaiser.

Ini caption dari Eina Azman: “Hai dan salam semua, hari ini Eina dan suami Datuk Kaiser dah pun selamat terima dose pertama suntikan vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum tu, Eina dah ambil uabt Panadol dulu, stand by untuk pening. Memang ada sakit kepala sikit lepas suntik, tapi lepas tidur kejap, dah okey. Cumanya hari ini ada rasa lapar yang berganda. Rasa nak makan. Dan kemudian muka Eina nampak macam lebih bulat. Apapun semua jalan lancar.

Akan tetapi ada yang tanya beberapa fakta tentang hal ini. Pertamanya melalui laporan beberapa media, Rotikaya, Hot FM dan Beautifulnara, Eina Azman dikatakan telah potong barisan untuk ambil vaksin.

Yang keduanya, netizen persoalkan kenapa Eina Azman boleh ambil vaksin luar dari kawasan tempat tinggalnya, sehingga dia dan suami kena rentas negeri sampai ke Ipoh, Perak.

Ada juga mengatakan Eina Azman telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer, yang mana perlu menunggu giliran untuk menerima vaksin jenis ini.

Setelah hal ini menjadi tular, dan ramai yang komen tanya tentang hal ini, Eina Azman akhirnya bertindak delete gambarnya itu dan juga perkongsiannya di IG stories, yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan ke Ipoh.

Ramai yang mahu Eina Azman memberi penjelasan tentang hal ini.  Kita tunggu kenyataan dari pelakon ini kelak.

Recent Posts

Baru 19 tahun, Iman Troye berjaya raih pendapatan RM1juta

Penyanyi remaja yang sedang meniti kegemilangan iaitu Iman Troye dikatakan telah mengecapi satu kejayaan yang…

21 mins ago

“Hampir setiap hari isteri menangis” Azmi dedah isteri masih amat rindukan anak

Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat…

9 hours ago

“Naik meluat” Seorang lagi pelakon minta Iqbal berehat dari sosial media, siapakah

Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita…

11 hours ago

“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu…

13 hours ago

Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang…

1 day ago

“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini…

2 days ago

This website uses cookies.