Man Raja Lawak stop beri bantuan, wang simpanan susut, tiada job

2,330 views

Man Raja Lawak sebelum pernah membantu orang dalam kesusahan apabila adanya musim perintah kawalan pergerakkan.

Namun dalam perkembangan terkini, oleh kerana wang simpanan dah semakin susut, Man Raja Lawak tak mampu lagi nak beri bantuan.

Malah dek kerana musim PKP, Man juga dah tak banyak terima job sekaligus tak dapat nak bantu orang lain.

Pelawak berumur 44 tahun ini berkata, kini dia juga kena siap sedia untuk dirinya dan keluarganya terlebih dulu.

“Sekarang ni saya hentikan untuk beri bantuan, saya pun kena siap sedia sebab dengarnya PKP akan diteruskan. sSekarang tak ada program dan saya sendiri bergantung dengan simpanan. Saya pun dah lama takda job, namun begitu saya usaha selagi saya mampu.”

“Nasib baik saya ni boleh kata pandai simpan duit, tak berjoli dan tak habiskan duit dengan benda tak faedah. Jadi ada simpanan, saya selalu beringat sebelum jatuh.”

“PKP tahun lalu saya dapat bantu orang sebab kebetulan saya menang Maharaja Lawak Mega jadi saya pun guna duit kemenangan tu untuk tolong orang yang memerlukan.”

Jelas Man, memang ramai yang masih Dm atau mesej dirinya untuk meminta bantuan.

“Sampai sekarang memang ada yang mesj kat Instagram, minta bantuan. Saya mohon maaf, bantuan dah ditutup. Tapia da juga yang mendesak dan memaksa.”

“Ada yang minta bayarkan sewa rumah, ada yang minta RM50 sampailah RM10, dari pagi sampai malam, ramai yang mesej.”

“Buat masa ini, saya kena dulukan family, jiran, adik-beradik. Selagi duit simpanan saya masih ada, saya akan cuba bantu.”

Kita doakan Man Raja Lawak murah rezeki dan dapatlah dia untuk bantu orang lain di saat yang sukar ketika ini.