Umum ketahui bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah hadir ke mahkamah semalam untuk mendengar keputusan kes SRC.
Walaun adanya masalah covid serta larangan berkumpul beramai-ramai, nampaknya penyokong setia Datuk Seri Najib Razak tetap dengan pendekatan untuk berkumpul memberi sokongan.
Antara yang semangat datang ke perkarangan mahkamah ialah pelawak popular Mat Over.
Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin dilihat antara ratusan penyokong Najib Razak yang tampil beri sokongan di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Pelawak berumur 68 tahun ini mengatakan dia datang ke sana selepas sahaja selesai solat subuh, jelasnya dia datang awal sebab takut-takut sukar nak masuk kerana kesesakan. Jom baca komen Mat Over.
“Saya terus datang ke sini selepas selesai solat Subuh tadi. Saya datang untuk beri dan nyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Datuk Seri Najib Razak. Semua ni sebab saya sentiasa kenang jasanya kepada rakyat”.
“Memang pun dari dulu lagi saya merupakan penyokong Najib sebab beliau seorang yang ikhlas selalu tolong dan bantu rakyat jelata.
“Oleh kerana itu saya datang juga hari ini untuk menyokonganya. Saya sentiasa jadi penyokong setia Najib sejak awal lagi dan kalau nak tahu, pondok keselamatan mahkamah inilah yang jadi saksi saya selalu ada di kat. Ianya sejak dari awal Najib kena tuduh dan dakwa kat mahkamah”.
“Namun begitu, apabila keputusan keluar, saya mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya memang tak suka, dengan keputusan itu”.
Ramai yang luah rasa sedih setelah adanya keputusan mahkamah mengatakan bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah.
Mahkamah mensabitkan Najib Razak didapati salah di atas dakwaan seleweng dana sejumlah RM42 juta melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Ianya melibatkan tiga pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa.
Untuk pengetahuan, SRC International Sdn Bhd merupakan bekas anak syarikat kepada 1MDB yang mana ianya kini telah diletakkan di bawah pengurusan pihak Kementerian Kewangan.
Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…
Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…
Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…
Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…
Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…
Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…
This website uses cookies.