Categories: Hiburan

Media Indonesia: Luna Maya bercinta dengan SM Faisal Nasimuddin?

Ini satu buah mulut yang sedang bertebaran di media Indonesia dan juga Malaysia. Ianya tentang pelakon cantik jelita Luna Maya.

Sudah tentu ramai yang ingat, Luna Maya ini pernah dai juri di rancangan popular Maharaja Lawak Mega tak lama dulu. Memang popular di Negara jiran.

Berbekalkan wajah yang amat jelita, dan bakat yang hebat, sudah tentu Luna Maya sering ddikaitkan dengan jejaka yang tampan, pendek kata banyaklah buah mulut orang berbicara tentang hal peribadinya.

Kalau diingat, sebelum ni Luna memang dah dikaitkan dengan Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin, seorang businessman yang berjaya dari negara kita.

Akan tetapi, Luna buat kenyataan bahawa hubungan dia dan SM Faisal tak lebih dari kawan biasa je.

Tapi yang terbaru, sejak semalam memang kecoh juga apabila ada portal media tempatan di Indonesia buat laporan bahawa Luna Maya dikatakan sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan tersebut. Malah, kedua-dua mereka dikatakan saling upload ucapan cinta di Insta Story di IG masing-masing.

Dari laporan portal hiburan Indonesia, Luna Maya ada upload IG Story dengan ucapan I Love You sambil melayan lagu jiwang dan SM Faisal pula ada upload gambar di Negara eropah dengan caption Lots of Love.

Post dari SM Faisal itu penug dengan komen dari para peminat Luna Maya yang amat seronok lantas mengandaikan ucapan dari SM Faisal itu adalah untuk Luna Maya.

Banyak juga yang tulis komen memberi pendapat SM Faisal dan Luna Maya memang cocok sekali. Ada yang dah bagi ucapan serta terus mendoakan agar mereka cepat-cepat berkahwin.

Diimbas kembali, tak lama dulu, Luna Maya pernah upload gambar bersama keluarga Faisal di IG yang terus menguatkan lagi buah mulut ini.

Luna dilihat rapat dengan adik beradik perempuan Sm Faisal.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

12 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

24 hours ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

2 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.