Categories: Hiburan

Michael Ang dedah bagaimana dia tercetus idea nak buat Gegar Vaganza

Satu video telah diupload oleh pengarag dan producer terkenal tanah air Michael Ang yang menceritakan detik di mana tercetusnya idea dan konsep untuk rancangan Gegar Vaganza.

Ketika ini, rancangan Gegar Vaganza boleh dikatakan rancangan reality paling popular di Malaysia, yang mana rata-rata penonton nak lihat penyanyi lama dan otai beraksi kembali secara live di atas pentas.

Rupanya idea ini dicetuskan ketika mendengar lagu Bagaikan Puteri, nyanyian merdu dari penyanyi bernama Farra.

Ini caption dari Michael Ang: “Salam semua. Apa eh tajuk lagu ni dan penyanyi dia. Lagu ni la yang mencetuskan idea Gegar Vaganza Kalau you all nak tahu. Masa tu ada kat dalam kereta. Ketika tu nak balik ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Dah lebih 8 tahun dah, cepat masa berlalu. How time flies, sayang korang semua dan stay safe.”

Di dalam video berkenaan ini kata-kata dari Michael Ang: “Oh my god, lagu inilah yang mencetuskan idea Gegar Vaganza. Lepas aku dengar lagu nilah, aku dapat idea tentang konsep Gegar Vaganza. Kuatkan lagi lagu ni (sambil dengar lagu Bagai Puteri di latar belakang). Korang tahu lagu apa ni, aku tak tahu. Penyanyi dia siapa ye? Tapi aku rasa yang versi ni bukan original singer kot, siapa tahu?”

Melihat ruangan komen, ramai follower Michael Ang yang memberi pelbagai respon. Pertamanya ada beri respon mengatakan lagu iini adalah nyanyian dari Fara, berjudul Bagaikan Puteri. Namun ada juga yang meneka lagu ini seperti nyanyian Amy Mastura.

Ada juga netizen yang memberi komen mengatakan lagu ini seperti versi baru dari penyanyi Zarina dari Akademi Fantasia.

Selain itu, ramai juga yang tak tahu, bahawa sebenarnya Michael Ang adalah orang yang memberi idea konsep rancangan Gegar Vaganza ini. Lihat antara komen netizen.

“Wow Gegar Vaganza idea dari Michael Ang, idea yang terbaik” Itu antara komen netizen.

Michael Ang memang sering tengok rancangan Gegar Vaganza, dan akan memberi pandangannya tentang nyanyian para peserta.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

18 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

1 day ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

3 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.