Mira Filzah dedah sikap Uqasha Senrose, apa berlaku kalau scene menangis

3,341 views

Antara dua selebriti yang popular ketika ini ialah pelakon Uqasha Senrose dan juga Mira Filzah.

Sebelum ini mereka berdua ini ada bergabung dalam satu drama yang amat popular iaitu Rahsia Hati Perempuan.

Drama berkenaan tentang percintaan empat segi antara Mira Filzah, Uqasha Senrose dan pelakon lelaki, Fikry Ibrahim dan juga Hisyam Hamid.

Kali ini kita ada satu perkembangan tentang Mira dan juga Uqasha.

Untuk melayan para peminatnya, Mira Filzah telah membuka ruang untuk bertanya, Ask Me Question, tulis Mira Filzah.

Kemudian ada seorang follower yang telah bertanya kepada Mira Filzah, berkenaan satu soalan tentang Uqasha Senrose.

Soalan dari peminat itu simple je, berbunyi seperti ini: “Uqasha Senrose pada pandangan Mira Filzah.”

Mira Filzah kemudian telah mendedahkan sikap Uqasha Senrose yang ramai tak tahu ketika berada di set panggambaran.

Antaranya ialah Uqasha Senrose suka belanja makanan untuk semua, malah Uqasha juga ada beri hadiah kepada Mira.

Uqasha seorang yang sukakan Hindustan dan juga amat pemiurah. Sha suka sangta belanja dan belikan makanan kepada semua.

Mira masih lagi ingat, masa pergi Perth, Australia, hari pertama tidur kat sana, Sha ada bagi Mira stokin bulu warna biru. Lepas tu rupanya dia pun ada stokin yang sama warna pink.

Dan Mira amat suka bila tengok secene Uqasha kena nangis. Nanti sampai ke hidung, pipi, muka semua jadi merah-merah.

Itulah cerita Mira Filzah tentang pengalamannya bersama Uqasha Senrose ketika sama-sama jalani penggambaran untuk drama berkenaan.

Drama Rahsia Hati Perempuan gandingan Mira Filzah dan Uqasha Senrose itu telahpun ditayangkan di Astro pada tahun 2019, dua tahun lepas dan mendapat sambutan yang amat baik.