Categories: Hiburan

Mira Filzah dedah taktik Emir menguratnya, sampailah dia terpaut

Malam ini merupakan detik bersejarah buat Mira Filzah apabila akan menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati Wan Emir.

Ekoran ramai yang tak tahu hubungan antara mereka berdua, ada yang tertanya-tanya macam mana mereka boleh bertemu dan jatuh cinta.

Menjawab persoalan berkenaan, Mira memberitahu dia bertemu buat pertama kali dengan Wan Emir adalah pada bulan Oktober tahun lepas, pada 2019.

Ini sekaligus menolak dakwaan bahawa Wan Emir adalah rakan sekolah Mira Filzah semasa dulu.

Wan Emir merupakan seorang yang berpelajaran tinggi mempunyai kelulusan dari United Kingdom dan merupakan seorang arkitek.

Jelasnya, Wan Emir ada menghantar mesej kepadanya di laman media, namun pada awalnya tidak diendahkan Mira Filzah.

Jom baca cerita dari Mira Filzah bagaimana Wan Emir boleh menawan hatinya itu.

“Dulu, ketika bulan Ramadhan tahun lepas, Emir ada hantar mesej peribadi, direct message menerusi laman Instagram. Dia share mesej kerohanian namun masa tu saya tidak layan pun.

“Akan tetapi, usaha dan cubaannya tak berhenti sampai situ saja, dia kemudian ada send pula mesej kat emak saya. Kebetulan pula emak saya memang mengenali arwah bapa Emir, oleh itu mereka berdua saling hantar mesej dan mulalah adanya komunikasi”.

“Lepas itu, emak saya minta saya pula agar kenali Emir dan minta saya jumpa dengannya. Sebenarnya, punca saya buka hati semuanya kerana ibu dan bapa. Oleh itu saya ambil keputusan untuk balas mesej Emir dan hubungan itu kemudiannya bertukar ke WhatsApp pula”.

Jelas pelakon dan pengacara popular ini, ketika pertama kali bertentang mata dengan Wan Emir, dia memang ada rasa keserasian antara mereka.

“Kalau nak cakap apakah keistimewaan yang ada pada Emir, yang berjaya hati saya terpaut kepadanya, agak sukar untuk saya terangkan. Tapi, apa boleh saya cakap, Emir memang lelaki yang amat baik. Sejak dari pertama kali berjumpa, saya rasa selesa dan amat serasi dengan Emir”

Itulah komen Mira Filzah tentang bakal suaminya Wan Emir. Mala mini mereka akan bergelar suami isteri yang sah dan majlis resepsi akan diadakan pada hari Jumaat dan juga hari Ahad nanti.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

13 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

1 day ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

2 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.