Mira Filzah menang Bintang Paling Popular, Khai Bahar nombor dua

5,987 views

Tahun ni ramai yang setuju bahawa pemenang Anugerah Bintang Popular amatlah layak, sesuai dan seorang selebriti yang memang pun amat popular tahun ni. Di kaca televisyen memang banyak naskahnya ditayangkan, begitu juga di panggung wayang.

Selebriti comel iaitu Mira Filzah telah diumumkan sebagai Artis Paling Popular ABPBH Ke 32 semalam.

Mira Filzah dapat lebih 6.3 juta undian untuk dinobatkan bintang paling popular meninggalkan Khai Bahar di tempat kedua. Selain itu nama yang beri saingan terdekat ialah Janna Nick dan Fattah Amin.

Malam penuh bermakna buat Mira apabila dia turut menang tiga lagi kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popula, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.

Memang tampil dengan pakej lengkap iaitu bakat serta wajah jelita, Mira FIlzah juga terkenal dengan sikapnya yang amat menyenangkan para peminat serta rakan artis.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dengan 6,320,463 undi, Mira, 26, menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar yang dilihat berpotensi besar mengungguli trofi tu.

Mira Filza telah menang sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000 dan juga sebuah trofi.

Hadiah kepada Mira disampaikan oleh Aishah, yang juga pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 29 tahun lalu, iaitu tahun 1990.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 32 (ABPBH 32)

Artis Paling Popular dimenangi oleh: Mira Filzah

Artis Baru Lelaki Popular dimenangi oleh: Adam Lee

Artis Baru Wanita Popular dimenangi oleh: Haneesya Hanee

Pelakon Filem Lelaki Popular dimenangi oleh: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular dimenangi oleh: Mira Filzah

Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular dimenangi oleh: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular dimenangi oleh: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular dimenangi oleh: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo Popular dimenangi oleh: Dayang Nurfaizah & Hael Hussaini

Artis Komedi Popular dimenangi oleh: Zizan Razak

Artis Versatil Popular dimenangi oleh: Janna Nick

Pengacara TV Popular dimenangi oleh: Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular dimenangi oleh: DJ Lin

Artis Indonesia Popular dimenangi oleh: Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular dimenangi oleh: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dimenangi oleh: Raihan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular- Remy Ishak dan Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular- Syafiq Kyle dan Hannah Delisha (Langsuir)

Pelakon Watak Antagonis Popular- Shukri Yahaya

Artis Sensasi Popular- Haqiem Rusli

Lagu Paling Boom- Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Anugerah berkenaan di buat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan berlangsung dengan penuh meriah sekali. Tahniah buat pemenang.