Muka melecur kena minyak panas, Amyra tanya Amar masih sayang lagi tak

24,222 views

Kesian dengan pelakon Amyra Rosli. Mana taknya, baru-baru ini pelakon ini alami sedikit insiden ketika memasak.

Muka Amyra Rosli telah alami luka akibat melecur kerana terkena percikan minyak panas.

Hal ini didedahkan sendiri oleh pelakon berkenaan yang memuatnaik gambar wajahnya yang ada kesan akibat terkena minyak panas itu di laman media sosial.

Dilihat di foto itu, memang jelas kelihatan tompok kesan melecur, namun isteri kepada Amar Baharin ini berada dalam keadaan yang baik.

Namun, Amyra tak ada pula bercerita dengan lebih terperinci tentang insiden berkenaan. Mungkin sedang sibuk memasak agaknya.

Ini tulis Amyra Rosli: “Kecantikan tak mungkin akan kekal untuk selamanya. Tengok saja diriku ini, dah melecur akibat kena minyak panas. Apapun, saya ni baik-baik saja.”

Janganlah kalian risau tentang diri saya ye dan terima kasih kepada mereka semua yang beri suggestion untuk jenis ubat sapu luka melecur itu.”

Sementara itu, sempat juga pelakon cantik ini bergurau dengan suaminya mengatakan jika wajahnya sebegitu, ada kesan tompok luka lecur, adakah suaminya akan masih terus menyayangi dirinya.

Amar Baharin sayang saya lagi atau tidak jika wajah saya jadi macam ini.” Itu yang ditulis sendiri oleh Amyra Rosli.

Tak perlu tanya, mestilah Amar Baharin masih sayang kan Amyra Rosli kan. Pasangan yang sweet selalu.

Jika diperhatikan di gambar, ada beberapa tompok bekas kesan luka di tepi hidung Amyra Rosli, di bawah mata dan di tepi bahagian dagu.

Semoga Amyra Rosli cepat sembuh dan luka-luka bekas kesan melecur itu akan hilang dalam masa beberapa minggu ini. Yang paling penting diri Amyra Rosli selamat, tiada sebarang yang serius.

Untuk info, Amyra Rosli dan Amar Baharin telah bernikah pada tahun 2016 dan kini mempunyai dua orang cahayamata yang amat comel.