“Mummy rindu” Memey Suhaiza drive thru, bagi hadiah Marissa Dania

2,905 views

Norman Hakim dan Abby Abadi mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka sebelum ini. Walaupun bukan lagi suami isteri, hubungan mereka masih baik, malah sering menyambut hari yang penting bersama.

Pada tarikh 2 Julai, anak kedua pasangan ini iaitu Marissa Dania sudah genap menyambut hari kelahiran yang ke 16 tahun.

Dengan adanya perintah kawalan pergerakkan, maka Norman Hakim dan Memey Suhaiza tak dapatlah nak sambut hari lahir Marissa Dania kali ini.

Namun Norman Hakim dan Memey tidak melupakan Dania, malah mereka telah pergi drive through ke rumah Abby Abadi untuk memberi hadiah kepada Dania.

Hal ini dirakam oleh Memey Suhaiza dan telah diupload di laman Instagram miliknya. Ini caption dari Memey.

Selamat hari lahir sayang Marissa Dania. Seadanya dalam keadaan seperti ini, mummy amat rindu nak bersama dengan semua, borak-borak, solat jemaah, makan ramai dengan family besar kita.

Harapnya semua ni (perintah kawalan pergerakkan) akan cepat habis. Jaga diri baik-baik sayang. Semoga terus membesar jadi anak yang baik, jadi penyejuk hati mama, abah, papa dan mumm. Semoga berjaya dunia akhirat. We love u soo much.

Norman Hakim dan Memey telah pandu lalu untuk beri hadiah kepada Dania. Antara hadiah yang diberi ialah barang kemas jenama Pandora, coklat, belon dan kek.

Jom layan video Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Sementara itu Abby Abadi turut memberi ucapan hari lahir buat anaknya itu. Kata Abby, anaknya tu dah merajuk sebab Abby cakap kali ini tak sempat nak buat apa-apa sempena hari lahirnya itu. Rupanya Abby nak buat kejutan untuk anaknya itu.

Surprise khas buat Marissa Dania. Sanah helwah yang ke 16. Merajuk dah tadi masa Mama kata tak sempat dah nak buat apa sempena birthday dia. Ajak turun makan pun dia tak mahu.

Bila petang, baru nak turun sebab papa dan mummu (Norman dan Memey) nak jumpa drive through depan rumah. Barulah dia turun.

Apabila turun barulah Marissa Dania tahu Abby Abadi ada buat sambutan kecil-kecilan buatnya. Jom layan video.

Selamat hari jadi yang ke16 buat Marissa Dania Hakim.