“Murung saya, terus tanya suami, betul ke saya nampak tua macam 40an”

2,803 views

Siti Elizad terguris hati apabila ada satu komen dari seorang peminatnya yang menyangkakan bahawa dirinya sudah masuk ke umur 40 tahun.

Pelakon berumur 36 tahun ini ada upload komen berkenaan dari seorang follower yang memujinya cantik untuk seorang yang sudah berumur 40 tahun.

Lawa betul Siti Elizad, nampak bagaikan kakak-kakak je, walaupun umur dah masuk 40 series. Untung suami”

 Itulah komen yang telah ditulis oleh seorang individu kepada Siti Elizad. Walaupun dilihat memuji kecantikkan pelakon ini, namun umurnya salah pula.

Siti Elizad telah membalas kembali dengan mengatakan dia berasa murung dengan komen tersebut, apa taknya, orang kata umur lebih tua dari yang asal kan, apatah lagi perempuan, memanglah agak sensitive tentang bab umur ini.

Ini reply dari Elizad: “Murung pagi ini. Mungkin mak esah tak kuat. Suami kita yang umur 49 tahun, bukan kita. Penat cucuk tang sana tang sini. Kechiwa”.

Apapun pelakon ini sebenarnya tak adalah ambil serius tentang isu ini, Cuma dia tak sangka ada yang ingat umurnya seperti 40an.

Pagi apabila baca mesej tu, memang murung saya, penat-penat pakai macam-macam lawa-lawa, namun baca komen macam tu terus rasa diri ini dah jadi macam tua pula dah”.

Saya terus tanya kat suami, betul ke saya ni nampak tua. Lepas tu Tanya suami ada hasrat nak cari yang lebih muda ke. Tak pasal suami pula yang kena tanya banyak soalan”.

Masa tu suami saya pun tak tahu cerita kerana dia tidak ada IG. Terus dia rasa pelik kenapa saya banyak tanya yang pelik-pelik semalam”.

Jelas Elizad, dia tak ada rasa naik angin pun dengan individu tersebut, tapi cuma dia ada rasa agak sensitive sahaja.

Individu itu ada mesej sekali lagi minta maaf, sebenarnya saya tidaklah marah pada dia pun. Sebenarnya dia nak cakap saya cantik dan muda tetapi dia tak tahu umur saya yang sebetulnya”.

Bab umur ini maybe sensitif sikit, biasalah, semua orang tak nak rasa diri tua. Jabatan netizen ni pun macam-macam, selalu menghiburkan kita

Tentang netizen, Siti Elizad akui selalu saja dapat mesej yang pelbagai, dan banyak membuatkan dirinya rasa terhibur.