Categories: Hiburan

Neelofa antara contoh, ramai setuju dengan Amyra Rosli

Amyra Rosli antara selebriti yang telah berjaya membuat perubahan diri ke arah kebaikkan setelah kini menutup aurat dan berhijab.

Menerusi satu temubual, Amyra telah mengambil contoh Neelofa sebagai individu yang baik memberi impak kepada wanita muslimah di luar sana untuk berubah.

Pelakon berumur 29 tahun ini berkata sejak berhijab, dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan masih lagi ada dan tidak terkesan.

“Kita tengok Neelofa antara contoh yang banyak beri inspirasi kepada ramai wanita. Kita kena beritahu diri kita, apa yang kita nak dan kita kena kejarnya”.

“Ada yang fikir macam ni contoh ‘kalau buat something macam ni, nanti yang lain tak dapat’, jujur Amyra pun pernah fikir macam tu masa mula berhijab”.

“Serius Amyra cakap, lepas berhijab, rezeki tum akin bertambah. Alhamdulillah tak ada offer yang ditarik balik, tetapi semkain banyak offer. Mungkin ini merupakan rezeki berhijab, rezeki untuk anak-anak dan suami.

“Untuk anda yang nak berubah kepada arah yang lebih baik, teruskan saja niat itu. Tak ada apa pun yang akan dapat halang sebab rezeki itu tak pernah salah alamat”.

“Selebriti sekarang ada banyak yang dah bertudung, dan ada drama-drama di Malaysia ni yang dah ada batas”.

“Kalau Amyra berlakon masa drama semua pakai tudung, berlakon masa dalam rumah pun pakai tudung, tapi penonton dah tahu, Amyra kini dah bertudung”.

“Kepada wanita di luar sana untuk berhijab pakai tudung ni tak ada pksaan pun. Amyra tak pernah nak war-warkan sebab takut nanti terbuka balik, tak kuat ke dan hanya follow the flow dan Alhamdulillah sekarang dah biasa, dah okey. Yang penting kena kuat dan istiqamah dan percaya pada yang maha esa”.

Amyra Rosli yang merupakan isteri kepada Amar Baharin telah membuat penghijrahan bermula bulan Oktober tahun 2019 setelah pulang mengerjakan umrah.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

7 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.