Categories: Hiburan

Netizen naik angin lihat Neelofa upload gambar naik cable car dengan suami

Sudah diketahui bahawa Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih mesra di sapa PU Riz, kini berada di Pulau Langkawi bukan untuk honey moon, sebaliknya mereka ke sana atas urusan business.

Khabarnya Neelofa ke sana untuk lihat kawasan yang mana dia nak buka satu cawangan Chatime di pusat pelancongan yang amat popular itu.

Hal ini turut diakui oleh Neelofa sendiri yang mana dia ada muatnaik satu kenyataan di Ig story mengatakan belum lagi nak launch, semua orang dah tahu dia nak buka cawangan di Langkawi.

Bagi Neelofa ini merupakan satu free marketing yang diterimanya.

Akan tetapi tak lama kemudian, Neelofa ada muatnaik beberapa lagi story di IG yang mana dia dan suami dilihat menaiki cable car di Langkawi.

Pasangan pengantin baru ini jelas sedang menikmati pemandangan ketika menaiki cable car itu sambil berpegangan tangan.

Dek kerana gambar dan video ini, netizen dilihat naik angin dan mula mempersoalkan tindakan Neelofa.

Ada beberapa komen yang ditulis netizen yang memerli Neelofa tentang cawangan yang bakal dibukanya.

Antaranya ialah mengatakan Neelofa mahu buka cawangan Chatime di atas gunung, nak buka Chatime secara drive thru atau pun nak buka Chatime secara bergerak melalui cable car.

Lihat antara komen dari netizen yang menulis tentang hal ini.

Ada juga netizen yang tertanya dimanakah sensitivity Neelofa yang sanggup naik gmbar seakan sedang menikmati percutian walhal sudah tahu tentang isu merentas negeri ini akan dipersoal oleh orang ramai.

Apapun, semoga bahagialah buat Neelofa dan Pu Riz. Mungkin ketika membuat urusan kerja, mereka berehat seketika dan ambil angin dengan menaiki cable car. Yang pasti, tak sabar nak tengok cawangan Chatime baru di Langkawi kelak, mesti viral.

Share

Recent Posts

Ibu dilabel bibik.. Ini reaksi Anna Jobling

Nama Anna Jobling kini sedang meningkat naik. Pemilik nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul…

3 hours ago

“Mengata orang, nanti balik kat ampa” Ibu Masya Masyitah

Sudah beberapa kali penyanyi remaja, Masya Masyitah tampil dengan gaya atau fesyen yang kurang disenangi…

4 hours ago

“Shila, apahal ko tindik hidung tu”

Antara peserta pilihan untuk rancangan Gegar Vaganza musim ke sembilan ini ialah penyanyi Shila Amzah,…

1 day ago

Kisah misteri wanita lagu viral “Begitu syulit lupakan Rehan”, 16 kali dah hamil

Antara lagu yang terngiang ngiang sekarang berbunyi seperti ini: â€œBegitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan…

1 day ago

Ini penjelasan penuh dari Aprena Manrose tentang berniqab

Ini sedikit cerita dan perkembangan tentang pelakon Aprena Manrose yang juga adik kepada Oktavia Manrose…

2 days ago

“Kami akan cuti tak lama lagi, masa tu saya tak sekat wajah Bilal” Neelofa

Baby Bilal, anak sulung kepada Neelofa dan Pu Riz seringkali jadi tajuk utama media di…

2 days ago

This website uses cookies.