Netizen sekolahkan Neelofa, jangan masuk campur

3,996 views

Semalam kes berkaitan perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila jadi bualan ramai. Nampaknya Sharnaaz dan buat keputusan untuk tidak menerima permintaan perpisahan yang diminta oleh Nabila.

Dek kerana hal ini, Neelofa (adik kepada Nabila) ada menulis beberapa tweet di laman media social miliknya, yang mengatakan ini seperti sebuah drama.

Ramai netizen beranggapan, Neelofa menulis seakan mengatakan tentang rumah tangga Sharnaaz dan juga Noor Nabila.

Ada banyak komen balas dari netizen yang meminta Neelofa untuk jangan campur ursan antara Sharnaaz dan juga Nabila. Baca komen dari para netizen.

Rose Roselelawaty: “Masalah rumah tangga walaupun perkahwinan kakak sendiri sekali pun, janganlah seseorang tu nak masuk campur”

Aqyela: “Jgn sibuk hal orang lain. Nanti kena diri sendiri. Kau tu belum kahwn boleh la cakap, nanti kau dah kahwin baru tau yg lain tu tinggi ke rendah”

Hafeez: “Kenyataan macam ini hanya akan timbulkan lg byk spekulasi ttg masalah rumah tangga mereka (Sharnaaz dan Nabila). Kalau nak cakap, baik direct saje terus. Jgn nak galakkan orang ramai dan netizen buat spekulasi yang akhirnya akan berakhir dgn ftnah. Ingat kau tu public figure yang banyak baca kitab”

Lindaa: “Isu rumah tangga adik beradik, tak perlu lah nak masuk campur. Biarkan mereka, dia nak buat keputusan macam mana ke, atau siapa salah ke, biar kan saje. Itu yang mak saya ajar lepas saya and adik perempuan saya dah kahwin. Semua buat hal masing-masing. Kalau susah, boleh je minta tolong adik beradik, akan tapi kalau hal mslah rumah tangga jangan sesekali nak kongsi kan”

Kamisah Salleh: “Astargfirulah. Baru balik dari tunaikan haji kali kedua, bagi lah nasihat yang lebih berguna dan jangan komen perlli dan mengaiibkan orang”

Selain itu ada juga yang minta semua orang untuk muhasabah diri dan tak perlu judge orang lain.

Ini komen dari netizen bernama Jai: “Apa kata kita perbetulkan diri kita sebelum kita nilai orang. Kita tak selamanya di dunia. Saudara dan saudari marilah menuju ke arah kebaikan komen yang positif bukan mencari salah sesiapa. Ingat nasib kita belum tentu.Tuhan masih tutup aib kita. Ingat ya. Maaf dalam tulis yang tak boleh memuaskan hati sesiapa”