Categories: Viral

Netizen teruja penampilan baru Sharifah Haslinda, kakak Shiera dan Sakinah

Sebut saja nama Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, semua pun tahu mereka berdua merupakan antara selebriti adik beradik yang amat popular di negara ini.

Sharifah Sahirah atau Shiera terkenal sebagai pengacara yang kelakar sebelum masuk ke dunia penyampai radio. Kini Shiera merupakan Deejay untuk Suria FM.

Lain dengan adiknya iaitu Sharifah Sakinah, seorang pelakon yang banyak isu sepanjang bergelar artis.

Namun Sharifah Sakinah sebenarnya seorang pelakon yang hebat dan boleh membawa watak serius dan juga watak kelakar. Kinah kini berada di Sweden untuk menerima rawatan sakitnya.

Kali ini bukan nak cerita tentang dua adik beradik ini, namun tentang kakak mereka iaitu Sharifah Haslinda.

Untuk yang tak tahu, kakak mereka berdua bernama Sharifah Haslinda merupakan pelakon yang amat popular satu masa dulu.

Sharifah Haslinda atau lebih dikenali dengan nama Lynn, sering membawa watak utama dalam drama-drama di kaca televisyen. Ketika itu, Shiera dan Kinah belum lagi popular.

Pelakon ini mula mengundurkan diri dalam bidang lakonan setelah berkahwin.

Dalam perkembangan terbaru, Shiera ada muatnaik gambar terkini kakaknya itu. Antara yang mencuri perhatian ialah penampilan Sharifah Haslinda yang kini dah memakai niqab.

Video yang diupload oleh Shiera itu sebenarnya video lama, atau video throwback, sekitar awal tahun ini. Video ini menunjukkan Sharifah Haslinda sedang busy memasak untuk tetamu yang datang. Antara tetamunya ialah Michael Hansen, tunang kepada Sakinah. Ketika ini, Sakinah belum lagi pergi ke Sweden, mereka masih ada di Malaysia.

Apapun, penampilan Sharifah Haslina terus saja menjadi tumpuan para follower Shiera dan ramai yang tanya diruang komen.

“Wah itulah kakak Shiera kan, Sharifah Haslinda. Rindu dengan dia.”

“Lama tak tengok Sharifah Haslina atau Lynn. Cantiknya dia, dah berniqab dah. Semoga dia bahagia dengan keluarganya.”

Jom layan videonya.

Untuk yang tidak tahu, Sharifah Haslinda kini sudah pun berumur 49 tahun, manakala Shiera berumur 46 tahun dan Sakinah paling muda, kini berumur 32 tahun.

Share

Recent Posts

“Hanya disebabkan buah epal”

Pachara Apin bercerita detik-detik pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang tiga tahun berkahwin dengan pelakon…

49 mins ago

Pachara Apin pula dedah cerita, perangai Afiq Muiz dan adik beradiknya

Ini merupakan update kepada kisah yang melanda pelakon Afiq Muiz dengan wanita bernama Pachara Emmanuel…

13 hours ago

“Rancangan merepek” Ramai kurang senang program ala-ala Bachelor tampilkan Zul Ariffin

Kecoh juga di laman media sosial ketika ini yang mana akan ada satu rancangan ala-ala…

22 hours ago

Rutin harian Sean Lee, bangun 5pagi, tunai solat subuh sebelum pergi kerja

Antara selebriti bukan Melayu yang popular di kalangan penonton Bahasa melayu di Malaysia iaitu pelakon…

1 day ago

Pemilik katering dedah Shuib Sepahtu dah tempah untuk majlis, mahu kahwini Watie

Tak ada angin tiada ribut, tiba-tiba ada ura-ura yang mengatakan selebriti serta ahli perniagaan, Shuib…

2 days ago

Mas Khan tunjuk perbelanjaan harian, RM6ribu sehari, dah RM106ribu bulan November

Ini satu lagi cerita tentang pelakon bernama Mas Khan. Sedang aktif sebagai trader, Mas Khan…

2 days ago

This website uses cookies.